Lenggong is a small, peaceful & quiet town in the rural area of Malaysia. Recently a small community of ham radio operators has developed around here. We are proud to be part of this community. This site is dedicated to them and more postings in dual language will be posted here. Pls click this link to know more about our town http://groups.msn.com/LenggongVacation/shoebox.msnw
SELAMAT DATANG KE BLOG RADIO AMATUR LENGGONG. WELCOME TO ALL VISITORS. FEEL FREE TO BROWSE AROUND

Monday, May 19, 2008

INAS DIPANAH PETIR

Panahan petir punca Inas tidak berfungsi. tetapi Alhamdulillah hasil usaha 9W2KBD, MMZ, LIK dan LES, Inas kini telah dipulihkan kembali. Mulai kelmarin, Inas telah kembali aktif. Harap rakan-rakan RA dapat menggunakan Inas sebaik mungkin, terutama yang melalui lebuhraya Timur-Barat. Komunikasi di kawasan tersebut cuma boleh dicapai menggunakan RA kerana kebanyakan tempat tidak diliputi oleh telefon biasa.

Kita mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tok Penghulu Inas dan geng yang tak jemu-jemu naik turun Inas apabila berlaku kerosakan. Bayangkan, 2 hari mendaki dan 1 hari untuk turun. Takpa, sambil berbakti badan turut sihat kerana orang-orang yang dah "lama" macam saya ini sudah tentu tidak berupaya menolong secara fizikal.

Hanya Allah sahajalah yang dapat membalas bakti sdr2.

QRT 73

Sunday, May 4, 2008

MESY ASTRA NEGERI PERAK

(Makluman daripada 9M2NNL) :

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat ASTRA Perak akan diadakan pada 10.5.2008 (Sabtu) Jam 9 malam bertempat di Kompleks Rakan Muda Kamunting. Semua ahli Astra dan peminat-peminat Radio Amatur khususnya dari negeri Perak adalah dijemput hadir. TQ 73

Tuesday, April 29, 2008

INAS DOWN

Dukacita dimaklumkan bahawa repeater Inas ketika ini tidak berfungsi. Kebelakangan ini ribut petir kerap melanda kawasan ini. Mungkin ini menjadi punca kerosakan.

Masalah utama adalah untuk melakukan baik pulih merupakan suatu faktor yang sangat merumitkan. Untuk naik ke puncak Inas kita perlu mendaki (berjalan kaki) selama 2 hari. Di puncak Inas pula tiada bekalan air dan suasananya amat sejuk. Perjalanan turun pula mengambil masa 1 hari. Lorong yang dilalui pula adalah denai gajah liar dan babi hutan. Tidak ada jalan mudah yang boleh dilalui.

Sementara waktu ini kita perlulah bersabar hingga team baikpulih berkesempatan untuk mendaki ke puncak. Sementara ini sila gunakan simplex Lenggong (144.550). 73

Sunday, April 27, 2008

Petikan dari "E-Qso":

"9W2HMI: Minta sekali lagi jasa baik rakan2 yang menggunakan INAS di IPOH tidak transmit high power krn ini akan mengganggu simplex kami disini. Harap admin boleh war-warkan di body text.."

Mesej di atas jelas menerangkan maksudnya. Diharap rakan-rakan yang memancar ke Inas dari Ipoh dapat memberikan kerjasama agar gangguan di simplex Ipoh dapat dielakkan. Harap semangat persaudaraan dalam dunia radio amatur ini dapat dipupuk supaya silaturahim antara kita dapat dipereratkan lagi. Kerjasama semua pihak adalah amat dihargai. Terima kasih daripada Admin. 73

Friday, April 25, 2008

HAM SHACK & ANTENA

Apabila dilihat kepada "shack" atau base station serta antena yang digunakan oleh rakan-rakan radio amatur yang maju, terasa begitu kecilnya saya. Di base saya hanya memiliki sebuah radio di samping komputer sahaja. Tetapi jika dilihat kepada gambar-gambar shack dan pelbagai jenis antena di bawah saya rasa masih ketinggalan. Pengetahuan tentang penggunaan alatan canggih masih belum dikuasai. Insya Allah saya akan cuba mendalami ilmu RA ini.

Tuesday, April 8, 2008

NOTIS RAE JUN 2008


Notis RAE telah pun dikeluarkan. Diharap rakan-rakan SWAL akan mengambil kesempatan ini untuk menduduki peperiksaan ini bagi membolehkan mereka memiliki sayap agar dapat terbang dengan lebih tinggi lagi. Tarikh tutup pada 25 April dan peperiksaan akan diadakan pada 24 Jun 2008.

Klik di sini untuk keterangan lanjut.

Bagi yang pernah gagal, jangan putus asa. Rakan-rakan lokalan akan menganjurkan kelas bimbingan untuk membantu anda. Mungkin tahun ini rezeki anda cerah dan akan berjaya dengan cemerlang. Teruskan usaha hingga berjaya.

Friday, March 28, 2008

SELAMAT MESYUARAT AGONG ASTRA

Kami warga Inas ingin mengucapkan selamat bersidang kepada semua warga ASTRA yang akan bermesyuarat pada esok hari. Termasuk juga sesi eyeball yang akan diadakan malam ini. Semoga segala perbincangan dan persetujuan yang akan dicapai nanti akan memberikan manfaat untuk dunia RA. Semoga bertambah lagi ahli-ahli RA yang akan menyertai ASTRA. 73.

Thursday, March 20, 2008

INAS KEMBALI PULIH

Alhamdulillah. Penat lelah rakan-rakan mendaki Inas beberapa kali kini agak berbaloi. Freq Inas kini telah kembali pulih. Setiap hari berkumandang QSO antara peminat-peminat radio amatur. Suasana telah menjadi meriah. Difahamkan liputan telah sampai hingga ke Kuala Kerai di Kelantan dengan penerimaan 5-9. Maka bertambahlah lagi keluarga RA dan semangat kekeluargaan ini diharap dapat dikembangkan lagi.

Harapan kami kepada pengunjung laman ini, sekiranya ada sesuatu yang hendak disuarakan, buatlah secara berhemah. Kami baru sahaja nak bernafas dan masih serba kekurangan.
Sebagai pengamal RA yang berpengalaman, sila beri pandangan yang dapat membantu kami memperbaiki segala kelemahan. Tolong jangan patahkan semangat kami. Berilah kritikan yang membina. Elakkan kata-kata kesat dan caci mencaci. Ini bukan budaya kita. Dan ini juga bukan etika yang diamalkan dalam dunia RA.

73

Saturday, March 15, 2008

REPEATER INAS

Lenggong Sabtu 15.3.08 - Ketika ini, 9W2MMZ bersama 20 rakan belia sedang mendaki Gunung Inas dalam satu ekspedisi yang diberi nama BIARKAN BERLALU INAS 2008.

Semasa di puncak nanti, beliau akan membuat pembetulan ke atas repeater. Semoga dengan ini segala masalah yang dihadapi akan dapat diatasi. Semoga repeater Inas dapat digunakan tanpa gangguan lagi untuk manfaat semua pencinta radio amatur terutama semasa melalui laluan yang diliputi oleh Inas. Sama-samalah kita berdoa agar usaha ini berjaya. Mulai esok pagi, freq yang akan digunakan adalah 145.600 / -600 /T 85.4

Kita ucapkan ribuan terima kasih kepada 9W2MMZ, SWAL Joe dan geng yang sedang berada di puncak. Semoga Allah membalas jasa sdr semua.

Sunday, February 3, 2008

MISI MENCARI SINAR

Nampaknya OPS SINAR masih gagal membaiki repeater Inas. Bunyi nyaring yang menyertai QSO tetap kedengaran - malahan lebih kuat dari dulu. Kasihan rakan-rakan yang tak jemu2 mencuba. Difahamkan masalah ini mungkin berpunca dari repeater luar negara yag berdekatan atau masalah lain. Apa pun kita berharap masalah ini dapat diselesaikan dengan cara berhemah berasaskan semangat RA yang kita ceburi. Kita akan cuba lagi hingga berjaya demi kebaikan kita bersama juga Insya-Allah.

LENGGONG Ahad 3.2.08 :
Ketika ini, sdr 9W2MMZ dan AMK sedang mendaki Gunung Inas bersama 30 orang pelajar UUM. Difahamkan, terdapat 12 orang YL juga turut serta.Pendakian dimulakan daripada Selama pada hari Sabtu - 2 malam mereka 'bercamping' dijalanan dan dijangka sampai ke puncak Inas pada hari esok Isnin 4.2.08. Ekspedidi ini akan turun di Lata Ulu Lawin pada hari Selasa.

Kami mendoakan ekspedisi 'Mencari Sinar' akan berjaya dan selamat kembali ke base masing-masing tanpa menghadapi sebarang masalah/halangan. Rakan-rakan Ham Lenggong memantau sepanjang masa di jaluran dan akan menyediakan 'back-up' jika diperlukan.