Lenggong is a small, peaceful & quiet town in the rural area of Malaysia. Recently a small community of ham radio operators has developed around here. We are proud to be part of this community. This site is dedicated to them and more postings in dual language will be posted here. Pls click this link to know more about our town http://groups.msn.com/LenggongVacation/shoebox.msnw
SELAMAT DATANG KE BLOG RADIO AMATUR LENGGONG. WELCOME TO ALL VISITORS. FEEL FREE TO BROWSE AROUND

Saturday, September 27, 2008

RIBUT

Ribut kuat telah melanda Lenggong pada hari Jumaat 26.9.08 jam 4.00 petang. Beberapa pokok telah tumbang. Bumbung rumah juga diterbangkan angin. Inilah kejadian paling dahsyat pernah saya alami semenjak tinggal di Lenggong selama 46 tahun.












Antenna 9W2SSY juga tidak terlepas. Setelah puas 'menunjuk langit' kini dia 'menunjuk bumi' pulak.
Alhamdilillah, tidak ada kemalangan jiwa berlaku. Sama-sama kita berdoa agar kejadian ini tidak berulang.

Friday, September 26, 2008

REPEATER PENGKALAN HULU

Rakan-rakan di Pengkalan Hulu telah pun memasang repeater baru di sana. Menggunakan frekuensi 145.715 + 200 Tone 85.4

Marilah kita sama-sama mencubanya.
TQ

Monday, September 22, 2008

RENUNGAN AJE


Dalam dunia Radio Amatur, adakah perkara sebegini berlaku?

73

Tuesday, September 9, 2008

RAMADAN & HUJAN

Alhamdulillah.. kini telah 8 hari kita berpuasa. Namun setiap hari daerah Lenggong dilanda hujan, sama ada sebelah pagi, petang, malam dan subuh. Hujan turun cara tidak menentu - mungkin ini rahmat daripada Allah untuk "menyejukkan" umat Islam yang berpuasa. Tetapi mungkin pula menimbulkan masalah kepada para penoreh getah yang tidak dapat menambah mata pencarian mereka. Sekiranya mereka menabung semasa musim panas dulu, mungkin tidak terdapat sebarang masalah.

Bagi peminat Ham, bateri yang memberi kuasa kepada pancarulang di Inas tidak dapat dicaskan dengan sepenuhnya akibat kurangnya sinaran matahari. Ini telah menimbulkan masalah intuk ber QSO. Kekadang terdapat bunyi macam keretapi sedang lalu. Suasana senyap dan sunyi sering melanda Inas. Namun begitu kita ucapkan tahniah kepada rakan-rakan yang telah lulus dalam RAE yang lalu. Cepatlah berdaftar dengan MCMC untuk mendapatkan callsign yang diimpikan. Bila dah dapat, sama-samalah kita riuhkan Inas kembali.
73.

Monday, August 11, 2008

TOK PENGHULU JATUH KATIL

Terkejut juga saya mendengar berita Tok Penghulu Inas "jatuh katil" dan patah tangan seperti dinyatakan ARO dlm QSO nya sebentar tadi. . Tetapi setelah dijelaskan sendiri oleh KBD, rupa-rupanya pada hari Ahad lepas, ketika memanjat kerusi untuk membaiki lampu, dia terjatuh dan tangan kirinya patah akibat tertindih oleh badannya sendiri. Beliau telahpun mendapat rawatan dan sedang beransur pulih. Sama-samalah kita berdoa supaya beliau cepat sembuh.

Wednesday, July 9, 2008

DUNIA RADIO AMATUR

Dalam menceburi dunia RA, satu keunikannya adalah, ada kalanya sesuatu contact itu telah ber QSO untuk sekian lama – tetapi yang dikenali hanyalah callsign dan suara sahaja. Perkenalan berlaku hanya di alam maya dan tidak secara berdepan.

Kekadang terlintas juga di kepala kita bagaimanakah bentuk wajah rakan tersebut. Sukar bagi seseorang untuk membayangkan wajah rakan hanya melalui kemesraan intonasi QSO dan suara yang didengar. Setelah dapat menatap wajah sebenar rakan-rakan melalui website atau sesi eyeball, nyata gambaran yang kita bayangkan adalah amat menyimpang sekali dari yang realiti. Yang kita sangkakan gemuk tetapi nyata kurus, yang disangka hitam ternyata handsome, yang disangka muda ternyata tua dlln kemungkinan.

Jelas bahawa persepsi adalah sesuatu yang abstrak dan tidak boleh dijadikan sesuatu bahan yang konkrit.

Tetapi yang utamanya, rakan ada di merata-rata. Apabila lalu di sesuatu lokasi, petikan ptt dapat menhubungkan diri kita dengan rakan yang mungkin baru hari itu dikenali. Dan yang uniknya, rasa mesra terjalin secara automatic. Rig atau handy menjadi penghubung utama atau alat mengeratkan hubungan silaturrahim. Terasa ada sesuatu yang common antara contact – lantas timbul keinginan untuk ber eyeball walaupun sekejap. Dan bila berjumpa terasa telah berkenalan begitu lama.

Begitulah hebatnya dunia Radio Amatur.

Tuesday, June 24, 2008

SELAMAT BERJAYA

Kepada semua rakan SWAL yang akan menduduki RAE pada hari ini, kami ucapkan selamat berjaya, semoga dilapangkan fikiran untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dan mendapat markah terbaik. Seterusnya membolehkan memiliki "sayap" untuk terbang ke ruang yang lebih tinggi.

Kata orang : "Peperiksaan RAE bukanlah suatu yang susah sangat - jawapannya memang telah disediakan, cuma sekadar memilih jawapan yang betul daripada 4 pilihan jawapan yang diberi. Itu aje".

Kata orang lain pula: "LULUS peperiksaan bukanlah menunjukkan seseorang itu pandai - dia ditanya soalan yang dia tahu. GAGAL pula bukan bermakna orang itu bodoh- dia tidak ditanya soalan yang dia tahu, macam mana dia nak jawab?"

SELAMAT BERJAYA DENGAN CEMERLANG. 88

Tuesday, June 3, 2008

KELAS RAE

Kelas RAE anjuran Hamlenggong akan diadakan pada hari Sabtu 14.6.08 (Aspek Teknikal) mulai jam 8 malam. Satu lagi akan diadakan pada hari Sabtu 20.6.08 (SOP & Teknikal) mulai 3.00 petang hingga ke malam. Kedua-dua kelas ini akan diadakan di Sek Men Teknik Gerik.

Semua peserta dikenakan bayaran sebanyak RM20-00 (untuk makan dan minuman).

Kepada yang berminat untuk menyertainya bolehlah menghubungi 9W2KSS (019-4774138) atau 9W2KBD (013-5816943)

Monday, May 19, 2008

INAS DIPANAH PETIR

Panahan petir punca Inas tidak berfungsi. tetapi Alhamdulillah hasil usaha 9W2KBD, MMZ, LIK dan LES, Inas kini telah dipulihkan kembali. Mulai kelmarin, Inas telah kembali aktif. Harap rakan-rakan RA dapat menggunakan Inas sebaik mungkin, terutama yang melalui lebuhraya Timur-Barat. Komunikasi di kawasan tersebut cuma boleh dicapai menggunakan RA kerana kebanyakan tempat tidak diliputi oleh telefon biasa.

Kita mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tok Penghulu Inas dan geng yang tak jemu-jemu naik turun Inas apabila berlaku kerosakan. Bayangkan, 2 hari mendaki dan 1 hari untuk turun. Takpa, sambil berbakti badan turut sihat kerana orang-orang yang dah "lama" macam saya ini sudah tentu tidak berupaya menolong secara fizikal.

Hanya Allah sahajalah yang dapat membalas bakti sdr2.

QRT 73

Sunday, May 4, 2008

MESY ASTRA NEGERI PERAK

(Makluman daripada 9M2NNL) :

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat ASTRA Perak akan diadakan pada 10.5.2008 (Sabtu) Jam 9 malam bertempat di Kompleks Rakan Muda Kamunting. Semua ahli Astra dan peminat-peminat Radio Amatur khususnya dari negeri Perak adalah dijemput hadir. TQ 73