Thursday, January 31, 2008
KEPUTUSAN RAE
Keputusan RAE telahpun dikeluarkan. sila semak di laman MCMC. Kepada yang berjaya kami ucapkan tahniah dan bolehlah mula merancang callsign yang akan dipohon. Bagi yang gagal, kami harap jangan putus asa - cuba lagi pada tahun ini. Insya Allah rezeki tu akan datang jua akhirnya. Jadikan kegagalan itu sebagai batu loncatan untuk melonjak ke suatu kedudukan yang lebih tinggi pada masa akan datang. Pengalaman saya sendiri menduduki peperiksaan SPM (2 kali) dan STPM (5 kali) baru tercapai kejayaan. Tahun ini mari kita bersama-sama perkemaskan lagi diri kita dengan persediaan dan latihan yang lebih rapi lagi.
Tuesday, January 29, 2008
HOUSE ON FIRE
Lenggong : Selasa 29.1.2008 : Suatu kebakaran telah berlaku melibatkan beberapa buah rumah berhampiran Masjid Jamek Lenggong. pagi tadi. Pihak Bomba yang telah dipanggil berjaya memadamkan api yang telah memusnahkan dua buah rumah papan dan dapat menyelamatkan beberapa buah rumah berhampiran. Punca kejadian tidak diketahui tetapi disyaki berlaku akibat litar pintas talian elektrik. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa berlaku. Walau bagaimanapun, penghuni rumah dikatakan tinggal sehelai sepinggang. Usaha membantu mangsa telah dibuat oleh masyarakat setempat. Ahli Yang Berhormat Kota Tampan dan Kenering telah melawat ke tempat kejadian setelah dimaklumkan.
Sunday, January 20, 2008
MISI MENCARI PELANGI
Pada petang hari Ahad 20.1.08 rakan-rakan terdiri daripada 9W2 KBD, MMZ, AMK dan Mizi telah selamat pulang dari mendaki Inas. Kita mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka kerana misi yang dijalankan bukanlah suatu yang mudah - 2 hari untuk mendaki berjalan kaki ke puncak dan 1 hari untuk turun. Seperti kata AMK "Misi Mencari Pelangi" telah berjaya. Diharap selepas ini tidak lagi timbul lagi masalah penggunaan repeater Inas. Frekuensi yang ditetapkan adalah 145.600 - 650 dan tone 85.4. QRT 73
Thursday, January 10, 2008
PERKHEMAHAN BERSAMA KELUARGA
Khamis 10.1.2008 : Satu sesi "eyeball" telah diadakan pada malam tadi untuk membincangkan beberapa perkara untuk kemajuan Kelab Hamlenggong. Antara persetujuan yang telah dicapai adalah seperti berikut:
1. Mendaftarkan Kelab Hamlenggong secara rasmi bagi melicinkan pengurusan.
2. Program Hari Keluarga Hamlenggong akan diadakan pada 9 dan 10 Februari 2008 bertempat di Tapak Perkelahan Lawin. Sesiapa yang berminat untuk turut serta boleh menghubungi 9W2 YZU untuk keterangan lanjut. Rakan-rakan radio amatur daripada lokalan lain yang berminat juga dijemput turut serta. Bayaran RM 10 dikenakan kepada peserta yang berumur 12 tahun ke atas. Kanak-kanak bawah 12 tahun adalah percuma.
Alatan perkhemahan hendaklah dibawa sendiri termasuk pinggan mangkuk dan cawan. Peralatan memasak dan kemudahan asas lain akan disediakan oleh penganjur. Aktiviti pengisian semasa perkhemahan akan dimaklumkan kemudian.
3. Menganjurkan pertandingan Bowling persahabatan di Ipoh. Tarikhnya belum ditetapkan. Rakan-rakan yang berminat eloklah mula berlatih dari sekarang.

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1429
Kelab Hamlenggong mengucapkan selamat menyambut tahun baru Hijrah 1429. Semoga tahun ini akan lebih membawa keberkatan kepada kita semua. Azam baru, tekad baru menjadi pegangan dan amalan harian. Insya-Allah.
Kelab Hamlenggong wishes a Happy Muslim New Year 1429 to all Muslim visitors to this website. May this new year brings us more blessing from Allah SWT. 73

Tuesday, December 25, 2007
ULAR TEDUNG SELA
.jpg)

Lenggong 22.12.2007 : Seekor udar tedung telah dilihat menyorok di dalam sebuah beg pakaian lama. Walaupun pelbagai pihak cuba menangkap atau membunuhnya, tiada seorang pun yang berani untuk menghampiri kerana ia terkenal amat berbisa. Tambahan pula saiznya yang agak besar dan panjang lebih kurang 2 meter. Akhirnya seorang penduduk Kg Gelok telah berjaya 'memujuk' dan menangkap ular tersebut hanya dengan tangannya. Ular tersebut kemudiannya dilepaskan di suatu kawasan yang terpencil daripada kampung.
(A villager, bare handedly caught a very poisonous king cobra hiding in an unused suitcase. The snake was later released far away from the village.)
Wednesday, December 19, 2007
Monday, December 3, 2007
Berita
Lenggong 2.12.07 (Ahad)
i. Seorang kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun telah meninggal dunia akibat lemas di dalam Sungai Perak. Beliau dan keluarga yang tinggal di Ipoh telah balik ke kampung Pulau Cheri untuk menghadiri kenduri perkahwinan. Melihat pasir yang timbul di tengah sungai beliau dan dua rakan telah meranduk air untuk pergi ke situ. Tetapi dalam perjalanan pulang air telah mulai pasang dan mereka terharung kawasan yang dalam. Dua orang telah sempat diselamatkan oleh penduduk kampung. Jenazahnya telah selamat dikebumikan pada malam tadi. Hamlenggong mengucapkan takziah kepada keluarganya.
Terima kasih kepada semua yang telah membantu mencari mangsa terutama pihak Bomba (bersama unit scuba), PDRM dan JPA3.
ii. Pada waktu tengah hari, 9W2YR dan keluarga telah sempat singgah di Lenggong bersama keluarganya yang dalam perjalanan pulang ke base station dari kampungnya. Beliau telah disambut oleh AEW, KSS dan AMH dan sempat ber tango-tango di Restoran Ikan Bakar.
iii. Pada sebelah malam, 9W2EMI telah mengalami kerosakan kenderaannya di kawasan Air Banun. Apabila mendapat berita rakan-rakan dari Gerik (MAT/JKZ dan seorang lagi rakan) telah bergegas ke lokasi tersebut dan memberikan bantuan. Sementara itu rakan-rakan yang memantau telah mengiringi beliau melalui udara sepanjang perjalanan pulang ke Ipoh.
Suatu kesepakatan dan keakraban ahli-ahli dunia radio amatur telah dapat dibuktikan pada malam tadi. Bukan sahaja rakan lokalan (Paktam, KSS, JKZ, MAT, YZU, SSY, Angah dlln) tetapi rakan dari luar lokalan (WGC dan ZAC) juga turut mengiringi beliau. KLA juga sempat masuk ke jaluran jam 1 pagi. Pemantauan dibuat ala passing baton dari Grik - Lenggong - Kuala Kangsar. Tahniah kepada WGC yang telah memegang baton terakhir dan menjadi pemantau terakhir mengiringi EMI. (Biasanya pelumba terakhir adalah merupakan yang paling gagah dalam pasukan selain daripada yang pertama)
Suasana gamat di udara dengan acara berbalas pantun dan senda gurauan rakan-rakan. Bukan apa, untuk menghiburkan rakan kita EMI takut-takut beliau mengantuk dan memberi semangat dan keyakinan kepada beliau walaupun dalam kesulitan rakan-rakan ramai sedia memberi bantuan.
QRT 73

Sunday, November 25, 2007
BERBAGAI PERSOALAN
Apakah peralatan radio yang diperlukan?
Apakah jenis radio yang perlu saya miliki?
Apakah jenis antenna yang sesuai?
Patutkah saya buat antenna sendiri atau beli di pasaran?
Frequensi apakah yang boleh saya beroperasi?
Apakah jenis “power supply” yang harus saya gunakan?
Mengapakah saya perlukan “power supply”?
Apakah jenis kabel yang sesuai?
Perlukah saya gunakan base station atau mobile atau kedua-duanya ?
Macam mana mengelak kilat dan membuat grounding?
Bagaimana beroperasi semasa kecemasan?
Di mana boleh saya mendapat bantuan bila diperlukan?
(Lawati http://www.hamuniverse.com/setuphamstation.html )

Wednesday, November 21, 2007
BENGKEL RAE
Jangan lupa rakan-rakan SWAL... bengkel RAE akan diadakan pada hari Sabtu 24.11.2007 Jam 8.00 malam di Sek Men Teknik Gerik. Bengkel ini diadakan khusus untuk rakan-rakan yang akan menduduki RAE pada 28.11.07 nanti. Gunakan kesempatan ini untuk menyiapkan diri bagi menghadapi peperiksaan yang akan datang. Sekiranya ada apa-apa masalah yang dihadapi, fasilitator dan rakan-rakan lain akan cuba membantu.
Bengkel ini akan dibahagikan kepada dua fasa - FASA 1 dikendalikan oleh 9M2AGC yang akan fokuskan kepada bahagian teknikal. FASA11 dikendalikan oleh 9W2YZU untuk SOP dan Umum.
Semoga bengkel ini dapat membantu rakan-rakan untuk mempastikan target kita "Gagal Sifar". Semoga ruang udara Hulu Perak tidak akan sunyi dengan QSO sama ada dengan rakan lokalan mahu pun dengan rakan luar melalui 9M4KBD di Gunung Inas.
Rakan-rakan yang sudah 'bersayap' juga dijemput hadir untuk sesi 'eyeball'. Untuk info kita bersama, pada malam tersebut juga akan diadakan Inas 2Meter Net (Kali ke 3) yang akan dikendalikan oleh 9W2WGC (Pakwan dari K.Kangsar) selaku Net controller.

Subscribe to:
Posts (Atom)