Lenggong is a small, peaceful & quiet town in the rural area of Malaysia. Recently a small community of ham radio operators has developed around here. We are proud to be part of this community. This site is dedicated to them and more postings in dual language will be posted here. Pls click this link to know more about our town http://groups.msn.com/LenggongVacation/shoebox.msnw
SELAMAT DATANG KE BLOG RADIO AMATUR LENGGONG. WELCOME TO ALL VISITORS. FEEL FREE TO BROWSE AROUND

Wednesday, July 9, 2008

DUNIA RADIO AMATUR

Dalam menceburi dunia RA, satu keunikannya adalah, ada kalanya sesuatu contact itu telah ber QSO untuk sekian lama – tetapi yang dikenali hanyalah callsign dan suara sahaja. Perkenalan berlaku hanya di alam maya dan tidak secara berdepan.

Kekadang terlintas juga di kepala kita bagaimanakah bentuk wajah rakan tersebut. Sukar bagi seseorang untuk membayangkan wajah rakan hanya melalui kemesraan intonasi QSO dan suara yang didengar. Setelah dapat menatap wajah sebenar rakan-rakan melalui website atau sesi eyeball, nyata gambaran yang kita bayangkan adalah amat menyimpang sekali dari yang realiti. Yang kita sangkakan gemuk tetapi nyata kurus, yang disangka hitam ternyata handsome, yang disangka muda ternyata tua dlln kemungkinan.

Jelas bahawa persepsi adalah sesuatu yang abstrak dan tidak boleh dijadikan sesuatu bahan yang konkrit.

Tetapi yang utamanya, rakan ada di merata-rata. Apabila lalu di sesuatu lokasi, petikan ptt dapat menhubungkan diri kita dengan rakan yang mungkin baru hari itu dikenali. Dan yang uniknya, rasa mesra terjalin secara automatic. Rig atau handy menjadi penghubung utama atau alat mengeratkan hubungan silaturrahim. Terasa ada sesuatu yang common antara contact – lantas timbul keinginan untuk ber eyeball walaupun sekejap. Dan bila berjumpa terasa telah berkenalan begitu lama.

Begitulah hebatnya dunia Radio Amatur.

Tuesday, June 24, 2008

SELAMAT BERJAYA

Kepada semua rakan SWAL yang akan menduduki RAE pada hari ini, kami ucapkan selamat berjaya, semoga dilapangkan fikiran untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dan mendapat markah terbaik. Seterusnya membolehkan memiliki "sayap" untuk terbang ke ruang yang lebih tinggi.

Kata orang : "Peperiksaan RAE bukanlah suatu yang susah sangat - jawapannya memang telah disediakan, cuma sekadar memilih jawapan yang betul daripada 4 pilihan jawapan yang diberi. Itu aje".

Kata orang lain pula: "LULUS peperiksaan bukanlah menunjukkan seseorang itu pandai - dia ditanya soalan yang dia tahu. GAGAL pula bukan bermakna orang itu bodoh- dia tidak ditanya soalan yang dia tahu, macam mana dia nak jawab?"

SELAMAT BERJAYA DENGAN CEMERLANG. 88

Tuesday, June 3, 2008

KELAS RAE

Kelas RAE anjuran Hamlenggong akan diadakan pada hari Sabtu 14.6.08 (Aspek Teknikal) mulai jam 8 malam. Satu lagi akan diadakan pada hari Sabtu 20.6.08 (SOP & Teknikal) mulai 3.00 petang hingga ke malam. Kedua-dua kelas ini akan diadakan di Sek Men Teknik Gerik.

Semua peserta dikenakan bayaran sebanyak RM20-00 (untuk makan dan minuman).

Kepada yang berminat untuk menyertainya bolehlah menghubungi 9W2KSS (019-4774138) atau 9W2KBD (013-5816943)

Monday, May 19, 2008

INAS DIPANAH PETIR

Panahan petir punca Inas tidak berfungsi. tetapi Alhamdulillah hasil usaha 9W2KBD, MMZ, LIK dan LES, Inas kini telah dipulihkan kembali. Mulai kelmarin, Inas telah kembali aktif. Harap rakan-rakan RA dapat menggunakan Inas sebaik mungkin, terutama yang melalui lebuhraya Timur-Barat. Komunikasi di kawasan tersebut cuma boleh dicapai menggunakan RA kerana kebanyakan tempat tidak diliputi oleh telefon biasa.

Kita mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tok Penghulu Inas dan geng yang tak jemu-jemu naik turun Inas apabila berlaku kerosakan. Bayangkan, 2 hari mendaki dan 1 hari untuk turun. Takpa, sambil berbakti badan turut sihat kerana orang-orang yang dah "lama" macam saya ini sudah tentu tidak berupaya menolong secara fizikal.

Hanya Allah sahajalah yang dapat membalas bakti sdr2.

QRT 73

Sunday, May 4, 2008

MESY ASTRA NEGERI PERAK

(Makluman daripada 9M2NNL) :

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat ASTRA Perak akan diadakan pada 10.5.2008 (Sabtu) Jam 9 malam bertempat di Kompleks Rakan Muda Kamunting. Semua ahli Astra dan peminat-peminat Radio Amatur khususnya dari negeri Perak adalah dijemput hadir. TQ 73

Tuesday, April 29, 2008

INAS DOWN

Dukacita dimaklumkan bahawa repeater Inas ketika ini tidak berfungsi. Kebelakangan ini ribut petir kerap melanda kawasan ini. Mungkin ini menjadi punca kerosakan.

Masalah utama adalah untuk melakukan baik pulih merupakan suatu faktor yang sangat merumitkan. Untuk naik ke puncak Inas kita perlu mendaki (berjalan kaki) selama 2 hari. Di puncak Inas pula tiada bekalan air dan suasananya amat sejuk. Perjalanan turun pula mengambil masa 1 hari. Lorong yang dilalui pula adalah denai gajah liar dan babi hutan. Tidak ada jalan mudah yang boleh dilalui.

Sementara waktu ini kita perlulah bersabar hingga team baikpulih berkesempatan untuk mendaki ke puncak. Sementara ini sila gunakan simplex Lenggong (144.550). 73

Sunday, April 27, 2008

Petikan dari "E-Qso":

"9W2HMI: Minta sekali lagi jasa baik rakan2 yang menggunakan INAS di IPOH tidak transmit high power krn ini akan mengganggu simplex kami disini. Harap admin boleh war-warkan di body text.."

Mesej di atas jelas menerangkan maksudnya. Diharap rakan-rakan yang memancar ke Inas dari Ipoh dapat memberikan kerjasama agar gangguan di simplex Ipoh dapat dielakkan. Harap semangat persaudaraan dalam dunia radio amatur ini dapat dipupuk supaya silaturahim antara kita dapat dipereratkan lagi. Kerjasama semua pihak adalah amat dihargai. Terima kasih daripada Admin. 73

Friday, April 25, 2008

HAM SHACK & ANTENA

Apabila dilihat kepada "shack" atau base station serta antena yang digunakan oleh rakan-rakan radio amatur yang maju, terasa begitu kecilnya saya. Di base saya hanya memiliki sebuah radio di samping komputer sahaja. Tetapi jika dilihat kepada gambar-gambar shack dan pelbagai jenis antena di bawah saya rasa masih ketinggalan. Pengetahuan tentang penggunaan alatan canggih masih belum dikuasai. Insya Allah saya akan cuba mendalami ilmu RA ini.

Tuesday, April 8, 2008

NOTIS RAE JUN 2008


Notis RAE telah pun dikeluarkan. Diharap rakan-rakan SWAL akan mengambil kesempatan ini untuk menduduki peperiksaan ini bagi membolehkan mereka memiliki sayap agar dapat terbang dengan lebih tinggi lagi. Tarikh tutup pada 25 April dan peperiksaan akan diadakan pada 24 Jun 2008.

Klik di sini untuk keterangan lanjut.

Bagi yang pernah gagal, jangan putus asa. Rakan-rakan lokalan akan menganjurkan kelas bimbingan untuk membantu anda. Mungkin tahun ini rezeki anda cerah dan akan berjaya dengan cemerlang. Teruskan usaha hingga berjaya.

Friday, March 28, 2008

SELAMAT MESYUARAT AGONG ASTRA

Kami warga Inas ingin mengucapkan selamat bersidang kepada semua warga ASTRA yang akan bermesyuarat pada esok hari. Termasuk juga sesi eyeball yang akan diadakan malam ini. Semoga segala perbincangan dan persetujuan yang akan dicapai nanti akan memberikan manfaat untuk dunia RA. Semoga bertambah lagi ahli-ahli RA yang akan menyertai ASTRA. 73.