Lenggong is a small, peaceful & quiet town in the rural area of Malaysia. Recently a small community of ham radio operators has developed around here. We are proud to be part of this community. This site is dedicated to them and more postings in dual language will be posted here. Pls click this link to know more about our town http://groups.msn.com/LenggongVacation/shoebox.msnw
SELAMAT DATANG KE BLOG RADIO AMATUR LENGGONG. WELCOME TO ALL VISITORS. FEEL FREE TO BROWSE AROUND

Wednesday, October 31, 2007

BURUNG TIUNG BARU

Syukur Alhamdulillah, Tok Penghulu HAM Lenggong 9W2KBD bersama rakan-rakan 9W2 MMZ, AMK, LIK, AMH serta rakan-rakan dari Gerik dan Ipoh (Termasuk seorang YL) telah berjaya mendaki Gunung Inas dan meletakkan "Burung Tiung" Lenggong - 9M4KBD (145.525 Mhz / -600 / T 85.4 ). Syabas diucapkan kepada grup tersebut kerana usaha ini bukanlah suatu yang mudah dilakukan - terpaksa mendaki selama 2 hari untuk sampai ke puncak. Jalan yang dilalui terlalu sempit dan curam. Perjalanan turun pula dilakukan pada waktu malam berpandukan bintang dan bulan - sampai di kaki bukit pada jam 12.00 tengah malam.

Segala usaha ini tidak sia-sia kerana kini suasana udara Lenggong dan Gerik sentiasa sibuk dengan QSO yang tak pernah henti-henti. Bertambahlah rakan kenalan di suatu ruanglingkup yang lebih luas. Kemesraan yang lebih luas juga terjalin. Kosain yang tak pernah ke udara kini sentiasa berkumandang dengan janji-janji untuk ber"eyeball dan roundtable" bila berjumpa kelak. Pelbagai jemputan bertukar ucap.

Setelah kajian selesai, kami akan paparkan kawasan-kawasan yang dapat dicapai burung tiung tersebut. TUNGGU. 73

Monday, October 22, 2007

SYUKUR ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah...angkasawan pertama dari Malaysia telah selamat kembali ke bumi. Ini adalah satu kebanggaan kepada Malaysia dan membuktikan kita boleh jika berusaha. Semoga kajian yang dilakukan di angkasa dapat dimanfaatkan sebaik mungkin untuk membantu manusia sejagat. Dengan ini Malaysia telah melangkah ke hadapan dalam meneroka bidang ruang angkasa dan akan menghantar lebih ramai lagi angkasawan. Bidang sains akan lebih diminati oleh generasi muda sesuai dengan perkembangan sains dan teknologi terkini yang semakin global. Kita sudah boleh berdiri bangga dengan kejayaan yang kita miliki. TAHNIAH.

Thursday, October 11, 2007

RAKAN COP




Kepada ahli-ahli kelab HAM Lenggong, seperti yang telah kita persetujui, marilah kita bersama-sama mendaftarkan diri menjadi ahli Rakan Cop. Setelah ramai yang mendaftar kita akan adakan majlis pelancaran insya Allah)
(Daripada 9W2SSY - PAKDINO RC 166801)

CARA NAK MOHON JADI AHLI:

Melalui handphone sendiri, tulis MESSAGE
RC jarak PERAK jarak DAFTAR jarak NAMA/NAMA PANGGILAN
Hantar ke 32728

Selang beberapa minit anda akan menerima message
”(RM1.00)RC: Pendaftaran diterima. Nama pengenalan ... RC ... Utk bantuan Tel:0355692840”

Monday, October 8, 2007

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1428

Kelab Ham Lenggong ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada semua pengunjung laman ini serta yang memantau. Mari lah sama-sama kita mengunjungi antara satu sama lain pada hari yang mulia ini sebagai tanda kesyukuran kerana telah berjaya menjalani ibadah Ramadan pada tahun ini. Ini suatu tanda bahawa Allah masih sayangkan kita dan kita harus bersyukur di atas segala nikmat yang telah dilimpahkanNya kepada kita.

Monday, October 1, 2007

SKYPE

Untuk makluman rakan-rakan, selain daripada radio amatur, kita boleh juga menggunakan khidmat Skype untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan dari seluruh dunia. Langkah-langkah yang perlu diambil adalah :

a. Download program Skype (Klik disini)
b. Install di komputer anda
c. Cari rakan-rakan yang juga menggunakan Skype
d. Contact mereka dan teruslah berbual
(Untuk mendengar audio dan berQSO anda perlu pasang microphone dan headphone)

Yang pentingnya anda boleh contact sesiapa sahaja di dunia ini dan berbual denganya dan semua ini adalah PERCUMA. Syaratnya dia juga menggunakan Skype. Anda boleh juga berbual dengan handphone biasa tetapi perlu membeli 'Skype Credit' . Ia amat berguna jika sesiapa ada anak yang belajar di luar negara - boleh berbual selama mana tanpa membayar satu sen pun.

Selamat mencuba dan meneroka dunia baru.

QRT 73