Lenggong is a small, peaceful & quiet town in the rural area of Malaysia. Recently a small community of ham radio operators has developed around here. We are proud to be part of this community. This site is dedicated to them and more postings in dual language will be posted here. Pls click this link to know more about our town http://groups.msn.com/LenggongVacation/shoebox.msnw
SELAMAT DATANG KE BLOG RADIO AMATUR LENGGONG. WELCOME TO ALL VISITORS. FEEL FREE TO BROWSE AROUND

Thursday, March 29, 2007

NOTIS RAE


Kepada rakan-rakan SWAL, notis oleh MCMC berkaitan peperiksaan RAE telah pun dikeluarkan hari ini. Borang permohonan boleh dimuat turun daripada laman MCMC di www.mcmc.gov.my. Tarikh tutup permohonan adalah pada 17 April 2007 dan peperiksaan akan diadakan pada 6 Jun 2007 Jam 2.00 petang.

Ayuh, sediakan wang RM50-00 (dalam bentuk Wang Pos Malaysia atau Deraf Bank Tempatan) ditulis atas nama "SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA". Satu salinan Kad Pengenalan atau Pasport atau Kad Kuasa hendaklah juga disertakan bersama.

Di samping itu sebagai persediaan menghadapi peperiksaan tersebut, jangan lupa membaca nota
dan mengikuti kelas persediaan yang akan diadakan.

73

Friday, March 23, 2007

SELAMAT DATANG RAKAN HAM

Kelab Ham Lenggong ingin mengucapkan tahniah kepada dua orang anggota kelab iaitu Sdr Angah dan Sdr Duan yang dianugerahkan Allah dengan harmonik YL baru-baru ini. Syabas kerana menambahkan ahli keluarga dan seterusnya bakal menambah bilangan anggota kelab kita.

Kedua-kedua XYL mereka telah selamat melahirkan harmonik dan kedua-duanya adalah YL. Kita menyarankan semasa memberi nama, jangan lupa memasukkan perkataan HAM ( singkatan kepada radio amatur) di mana-mana bahagian nama mereka. Contohnya : HAMlina, sHAMsidar, sHAMsilawati, kHAMsiah, HAMisah, HAMidah dlln. (Jangan HAMradio udah....eh eh eh).

Tahniah juga kepada Sdr Joe, rakan ham di Kuala Kangsar yang juga mendapat harmonik baru. Nampaknya dah tiba musim bertambah ahli ham. Bagi saya nampaknya tak boleh turut serta dalam aktiviti ini sebab kilang dah tutup.. ha ha ha.

QRT 73 (9W2 SSY)

Sunday, March 18, 2007

Menerima Tetamu



Kami berasa bangga kerana dapat menyambut sahabat-sahabat HAM yang melalui kawasan ini. Antaranya - 9W2 PPK, 9W2KKP, 9W2YR dlln). Sekiranya "dikeloi-keloi" di Mhz 144.550 kami akan menyambut panggilan sahabat dan mengadakan sesi eyeball walaupun sebentar sambil menikmati mee kari Lenggong, pau paling murah di Malaysia atau restoren ikan bakar (tengah hari sahaja).

Sahabat juga dapat menikmati keindahan Tasik Raban sambil berehat sebentar di R & R baru berhampiran Jambatan Raja Nazrin. Jika hendak bermalam, terdapat sebuat resort berhampiran Tasik Raban atau boleh sahaja bermalam bersama-sama rakan2 HAM Lenggong yang sentiasa menanti kunjungan rakan-rakan.

Ini juga berketepatan dengan dasar dunia HAM untuk mencari kenalan baru dan mempereratkan silaturahim antara kita.

QRT ...73

Saturday, March 17, 2007

HAM BOOM



Dunia HAM menjadi boom di daerah Lenggong (144.550) dengan bertambah pesat bilangan peminat-peminat yang ingin menceburi bidang ini. Tak semena-semena ramai ingin menjadi ahli dan tak sabar-sabar hendak menduduki peperiksaan RAE pada bulan Mei ini. Terdapat berbagai lapisan masyarakat yang ingin turut serta daripada kakitangan bawahan hinggalah kepada pegawai atasan termasuklah daripada golongan pesara.

Kalau dulunya hanya terdapat 2 orang (9W2 KBD dan 9W2 AEW), peminat kini sudah dapat dikumpulkan lebih 15 orang yang bergiat aktif dalam bidang ini. Untuk membantu rakan-rakan baru, beberapa siri taklimat dan latihan telah disediakan untuk membantu SWAL menghadapi peperiksaan. 4 modul disusun : - i. Pengenalan Asas Radio Amatur ii. Topik Teknikal iii. SOP dan simulasi cara ber QSO iv. Latihtubi contoh soalan-soalan RAE. Tiada sebarang bayaran dikenakan dan kita menerima sesiapa sahaja yang berminat dalam bidang ini untuk turut serta. Target kita adalah 100% kejayaan RAE atau GAGAL SIFAR, insya-Allah.

Kita juga mendapat bantuan dan kerjasama yang sangat menggalakkan daripada rakan-rakan HAM daripada Kuala Kangsar (144.350) Kebelakangan ini suasana simplex di kedua-dua daerah ini menjadi sibuk dengan QSO membincangkan pelbagai topik untuk menambahkan ilmu pengetahuan di bidang radio ini.

Semoga dunia radio amatur tidak sahaja dinikmati oleh masyarakat bandar tetapi juga oleh penduduk luar bandar seperti Hulu Perak.

Friday, March 16, 2007

PENGENALAN KEPADA RADIO AMATUR LENGGONG

Asalamualaikum dan selamat datang ke Blogspot Kelab Ham Lenggong atau dunia Radio Amatur. Tujuan semata-mata untuk mengembangkan bidang radio amatur di kalangan masyarakat Lenggong khasnya dan daerah sekitar amnya. Bertujuan untuk mendalami bidang radio sambil mencari kenalan-kenalan baru di seluruh negara khususnya dikalangan peminat radio amatur. Di samping itu dapat membantu ahli-ahli dan rakan-rakan bagi menduduki peperiksaan Radio Amateur Examination (RAE) yang diadakan dua kali setahun sebagai syarat utama untuk mendapatkan lesen memancar.

Selalulah berkunjung ke laman ini untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan program dan aktiviti yang dirancangkan untuk ahli-ahli sama ada sesi "eye ball" atau penerangan.

QRT 73.