Lenggong is a small, peaceful & quiet town in the rural area of Malaysia. Recently a small community of ham radio operators has developed around here. We are proud to be part of this community. This site is dedicated to them and more postings in dual language will be posted here. Pls click this link to know more about our town http://groups.msn.com/LenggongVacation/shoebox.msnw
SELAMAT DATANG KE BLOG RADIO AMATUR LENGGONG. WELCOME TO ALL VISITORS. FEEL FREE TO BROWSE AROUND

Friday, January 30, 2009

MANUSIA TERAWAL DI LENGGONG

GEORGETOWN: Sekumpulan ahli arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM) menemui bukti baru manusia terawal di dunia wujud di Bukit Bunuh, Lenggong, Perak, 1.83 juta tahun lalu dan bukan di Jawa, Afrika dan China, 1.8 juta tahun lalu.

Bukti itu berdasarkan penemuan kapak tangan, alat repehan atau pisau dan batu teras ketika kajian bermula Ogos tahun 2000 di kawasan berkenaan, kata Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia (PPAM) USM, Prof Madya Dr Mokhtar Saidin.

Katanya, artifak itu ditemui melekat dalam batuan suevit, sejenis batu yang terbentuk disebabkan hentaman meteorit 1.8 juta tahun lalu, sekali gus membuktikan manusia sudah wujud sebelum kejadian itu.

(seterusnya..)

Monday, January 26, 2009

MAJLIS EYEBALL

Terima kasih kepada semua rakan yang telah menjayakan majlis eyeball pada malam tadi. Lebih kurang 35 orang telah hadir ke base station Pakdino di Lenggong. Peserta terdiri dari Lenggong, Gerik, K.Kangsar, Pengkalan Hulu dan Kuala Kangsar. Termasuk juga beberapa orang SWL.

Majlis telah berjalan dengan meriah sekali. Keakraban rakan ham amat terserlah. Walaupun pertama kali bertentang mata, kemesraan telah sedia terjalin. Ada yang pernah ber QSO sekian lama di udara, kini baru kesempatan bertemu di daratan.

Pelbagai topik telah dibincangkan - dari hal radio hinggalah ke hal ehwal semasa. Tetamu terakhir meninggalkan lokasi adalah pada jam 1.00 pagi. Insya Allah sesi ini akan diadakan lagi pada masa yang akan datang.




(Percubaan pertamaku menggunakan Movie maker)

Friday, January 16, 2009

JEMPUTAN SESI EYEBALL

Satu sesi eyeball akan diadakan pada hari Ahad 25/1/09 Jam 9.00 malam bertempat di pekarangan rumah 9W2SSY (PAKDINO) di Kampung Teluk Batu Lenggong. Semua yang berminat dijemput hadir termasuklah rakan-rakan SWAL.

Sila maklumkan melalui laman ini atau kepada 9w2KBD (Pak Hasan) tentang kehadiran anda untuk memudahkan membuat persiapan/tempahan makanan. Boleh juga melalui Freq Inas atau Tel/SMS 0195785490 (Pakdino).

Jumpa di sana. 73

Monday, January 12, 2009

SELAMAT KEMBALI


Kita mengucapkan selamat kembali kepada 9W2 AWO (Pak Awi / Hj Zahari) yang baru pulang daripada mengerjakan ibadah Haji di Makkah. Alhamdulillah beliau dan isteri telah sempurna mengerjakan haji dan semoga mendapat Haji yang mabrur.

Pada mulanya kita risau juga kerana semasa pemergiannya, kesihatannya tidak berapa mengizinkan. Tapi atas desakan dan nasihat, beliau bertekad untuk pergi juga dan sanggup menanggung sebarang risiko. Mungkin selepas berehat beberapa hari, kita akan mendengar semula suaranya ber QSO di jaluran.

73

Saturday, January 3, 2009

LAGI GADIS HILANG


FATIN NOREHAN:

Marilah kita-kita sama-sama membantu Pn Siti Hawa mencari anaknya Fatin Norehan bt Ahmad, 15 tahun.

Kepada sesiapa yang terjumpa gadis tersebut, sila hubungi Pn SitiHawa di talian 017-6844503.

Bersama-samalah kita berdoa agar gadis inidapat kembali ke pangkuan keluarga yang tidak tenteram semenjak kehilangannya dari rumah pada hari Rabu 17.12.08.

Terima kasih di atas bantuan rakan-rakan.


Yang benar,
Asmani Mohd Ariff
Bhg Sumber Manusia
Terasaki Electric (M) Sdn Bhd

p/s Harap dapat perpanjangkan info ini dilaman blog anda jika anda ingin membantu

(Rujukan : http://9w2hmi.blogspot.com/ )