Lenggong is a small, peaceful & quiet town in the rural area of Malaysia. Recently a small community of ham radio operators has developed around here. We are proud to be part of this community. This site is dedicated to them and more postings in dual language will be posted here. Pls click this link to know more about our town http://groups.msn.com/LenggongVacation/shoebox.msnw
SELAMAT DATANG KE BLOG RADIO AMATUR LENGGONG. WELCOME TO ALL VISITORS. FEEL FREE TO BROWSE AROUND

Thursday, January 31, 2008

KEPUTUSAN RAE

Keputusan RAE telahpun dikeluarkan. sila semak di laman MCMC. Kepada yang berjaya kami ucapkan tahniah dan bolehlah mula merancang callsign yang akan dipohon. Bagi yang gagal, kami harap jangan putus asa - cuba lagi pada tahun ini. Insya Allah rezeki tu akan datang jua akhirnya. Jadikan kegagalan itu sebagai batu loncatan untuk melonjak ke suatu kedudukan yang lebih tinggi pada masa akan datang. Pengalaman saya sendiri menduduki peperiksaan SPM (2 kali) dan STPM (5 kali) baru tercapai kejayaan. Tahun ini mari kita bersama-sama perkemaskan lagi diri kita dengan persediaan dan latihan yang lebih rapi lagi.

Tuesday, January 29, 2008

HOUSE ON FIRE

Lenggong : Selasa 29.1.2008 : Suatu kebakaran telah berlaku melibatkan beberapa buah rumah berhampiran Masjid Jamek Lenggong. pagi tadi. Pihak Bomba yang telah dipanggil berjaya memadamkan api yang telah memusnahkan dua buah rumah papan dan dapat menyelamatkan beberapa buah rumah berhampiran. Punca kejadian tidak diketahui tetapi disyaki berlaku akibat litar pintas talian elektrik. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa berlaku. Walau bagaimanapun, penghuni rumah dikatakan tinggal sehelai sepinggang. Usaha membantu mangsa telah dibuat oleh masyarakat setempat. Ahli Yang Berhormat Kota Tampan dan Kenering telah melawat ke tempat kejadian setelah dimaklumkan.

Sunday, January 20, 2008

MISI MENCARI PELANGI

Pada petang hari Ahad 20.1.08 rakan-rakan terdiri daripada 9W2 KBD, MMZ, AMK dan Mizi telah selamat pulang dari mendaki Inas. Kita mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka kerana misi yang dijalankan bukanlah suatu yang mudah - 2 hari untuk mendaki berjalan kaki ke puncak dan 1 hari untuk turun. Seperti kata AMK "Misi Mencari Pelangi" telah berjaya. Diharap selepas ini tidak lagi timbul lagi masalah penggunaan repeater Inas. Frekuensi yang ditetapkan adalah 145.600 - 650 dan tone 85.4. QRT 73

Thursday, January 10, 2008

PERKHEMAHAN BERSAMA KELUARGA

Khamis 10.1.2008 : Satu sesi "eyeball" telah diadakan pada malam tadi untuk membincangkan beberapa perkara untuk kemajuan Kelab Hamlenggong. Antara persetujuan yang telah dicapai adalah seperti berikut:

1. Mendaftarkan Kelab Hamlenggong secara rasmi bagi melicinkan pengurusan.

2. Program Hari Keluarga Hamlenggong akan diadakan pada 9 dan 10 Februari 2008 bertempat di Tapak Perkelahan Lawin. Sesiapa yang berminat untuk turut serta boleh menghubungi 9W2 YZU untuk keterangan lanjut. Rakan-rakan radio amatur daripada lokalan lain yang berminat juga dijemput turut serta. Bayaran RM 10 dikenakan kepada peserta yang berumur 12 tahun ke atas. Kanak-kanak bawah 12 tahun adalah percuma.
Alatan perkhemahan hendaklah dibawa sendiri termasuk pinggan mangkuk dan cawan. Peralatan memasak dan kemudahan asas lain akan disediakan oleh penganjur. Aktiviti pengisian semasa perkhemahan akan dimaklumkan kemudian.

3. Menganjurkan pertandingan Bowling persahabatan di Ipoh. Tarikhnya belum ditetapkan. Rakan-rakan yang berminat eloklah mula berlatih dari sekarang.

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1429

Kelab Hamlenggong mengucapkan selamat menyambut tahun baru Hijrah 1429. Semoga tahun ini akan lebih membawa keberkatan kepada kita semua. Azam baru, tekad baru menjadi pegangan dan amalan harian. Insya-Allah.
Kelab Hamlenggong wishes a Happy Muslim New Year 1429 to all Muslim visitors to this website. May this new year brings us more blessing from Allah SWT. 73