Lenggong is a small, peaceful & quiet town in the rural area of Malaysia. Recently a small community of ham radio operators has developed around here. We are proud to be part of this community. This site is dedicated to them and more postings in dual language will be posted here. Pls click this link to know more about our town http://groups.msn.com/LenggongVacation/shoebox.msnw
SELAMAT DATANG KE BLOG RADIO AMATUR LENGGONG. WELCOME TO ALL VISITORS. FEEL FREE TO BROWSE AROUND

Sunday, November 29, 2009

KEMALANGAN MAUT RAGUT 3 NYAWA

Lagi kemalangan maut berlaku di Lenggong. Kali ini meragut 3 nyawa sempena Hai Raya Aidil Adha tahun ini. Diharap pemandu yang menggunakan laluan ini berhati-hati kerana sering berlaku kemalangan di sini. Takziah kepada keluarga mangsa.

Berita Harian Online

Thursday, October 22, 2009

KEMALANGAN NGERI



Satu kemalangan ngeri telah berlaku petang tadi melibatkan dua buah kereta. Kejadian berlaku di persimpangan berhampiran Resort Tasik Raban, Lenggong. Sebuah van Rusa yang dipandu oleh Tn Hj Meor Mahmud (seorang pesara guru) telah berlanggar dengan sebuah Mercedes Benz yang sedang menghala ke Gerik.

Akibat perlanggaran tersebut, kedua-dua kereta telah terbakar dan Tn Hj Meor telah meninggal dunia di tempat kejadian tetapi pemandu Mercedes serta keluarganya terselamat.

Jenazah telah dibawa ke hospital Gerik untuk dibedah siasat. Difahamkan jenazah akan dikebumikan pada malam ini juga di Tanah Perkuburan Kota Tampan. Allahyarham adalah Ketua UMNO cawangan Kota Tampan dan kini menetap di S.Siput.

Pihak Hamlenggong mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham dan mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Alfatihah.

Friday, August 21, 2009

MANA KENGKAWAN?



Akhir2 ini hamlenggong agar sunyi. Mana kengkawan. Mungkin sibuk dengan tugas masing2. Walau bagaimanapun marilah kita sama2 menceriakan dunia radio amatur agar dapat melebarkan sayapnya ke ruang yang lebih luas.

Tahniah kepada mereka yang telah lulus dalam RAE yang lalu dan yang gagal tu cuba lagi. Mungkin belum rezeki lagi.

Hamlenggong juga mengucapkan selamat menyambut Ramadan al mubarak kepada semua warga ham. Semoga ramadan kali ini akan lebih baik dari yang dulu, dipenuhi dengan amal ibadat dan perbuatan yang dituntuk oleh Allah SWT.

Tuesday, June 2, 2009

ECHOLINK

Akhir-akhir ini ahli kelab Ham Lenggong sudah mula berminat dengan Echolink. Begitu juga dengan pengguna radio yang lain. Melaluinya kita dapat berhubung dengan pengguna lain di seluruh dunia.

Echolink adalah satu software yang membenarkan pegamal radio amatur yang berlesen untuk berhubung sesama mereka. Program ini dapat menghubungkan pengguna radio di seluruh dunia melalui Internet menggunakan teknologi voice-over-IP (VoIP). Hubungan boleh dibuat antara komputer ke komputer, komputer ke stesen atau sebaliknya. Pada masa ini terdapat lebih 200,000 pengguna seluruh dunia – dalam 162 dari 193 negara di dunia – setiap masa terdapat lebih kurang 4000 orang online.

Bagi pengguna komputer, mereka perlu download program Echolink@ dan memiliki mikrofon dan earphone untk bercakap dan mendengar.

Program ini menggunakan Microsoft Windows@. Diberi secara percuma dan boleh dimuat turun disini .

Friday, May 1, 2009

OPERASI PEMINDAHAN GAJAH LIAR

Gajah liar selalu memasuki kampung-kampung di daerah Lenggong. Mereka kelaparan akibat tempat tinggal mereka telah diganggu oleh manusia. Jadi kita tidak boleh salahkan mereka kerana ini adalah angkara manusia juga. Jabatan Perhilitan telah melakukan operasi memindahkan mereka ke hutan di negeri Pahang yang masih tidak tercemar.

Monday, April 27, 2009

MANGSA BOT KARAM DIJUMPAI

27.4.09 - Alhamdulillah, pasukan penyelamat telah menjumpai mangsa bot karam di Kg Beng Lenggong pada jama 10.40 pagi ini. Kanak-kanak lelaki berumur 2 tahun telah meninggal dunia akibat lemas dan dibawa ke hospital Gerik untuk bedah siasat. Mayatnya telah dijumpai kira-kira 1 km dari tempat kejadian.

Kita mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi selama 2 hari. Terima kasih juga kepada pihak Ahli Parlimen dan ADUN yang telah memberi bantuan makanan kepada para petugas sepanjang operasi dijalankan.

(Gambar-gambar sekitar operasi akan dipostkan kemudian.)

Sunday, April 26, 2009

TRAGEDI BOT KARAM

26.4.09 - Sebuat bot yang dinaiki 7 orang telah karam di Sg Perak berhampiran Kg Beng. 6 mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan berenang tetapi seorang kanak-kanak berumur 2 tahun masih hilang.

Usaha mencari dan menyelamat telah dilakukan oleh pihak Polis, Navy. Bomba, Rela, Pertahan Awam temasuk penduduk kampung tetapi hingga petang ini masih gagal menemui mangsa tersebut. Usaha ini akan disambung lagi pada esok pagi. Beberapa rakan radio amatur Lenggong juga turut terlibat dalam operasi tersebut.

Sama-samalah kita berdoa semoga mereka berjaya insya-Allah.

Saturday, March 7, 2009

BERCUTI DI RESORT HDKK

Baru-baru ini saya(SSY) dan Pak Wan (WGC) telah mendapat tawaran 'bercuti' 4 hari 3 malam di resort hospital daerah KK. Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan yang melawat kerana dalam saat-saat beginilah sokongan kawan amat dihargai untuk memeriahkan cuti kami.

Alhamdulillah..setelah selesai 'cuti', kami kini berasa lebih sihat tetapi terpaksa memakan 'oleh-oleh' yang dibekalkan oleh pihak resort. (kata mereka... untuk selama-lamanya).

Cheerio..73

Tuesday, February 3, 2009

PAMERAN RADIO AMATUR





31.1.09 - KG SUMPITAN

Kelab Ham Lenggong telah mengadakan suatu pameran RA sempena pelancaran Program Bumi Hijau oleh KSU Kementerian Pertanian & Asas Tani Malaysia. Majlis adalah anjuran Pejabat Ahli Parlimen Lenggong dan diadakan di Kg Sumpitan - tapak projek pertanian yang diusahakan oleh 9W2 KSS (Pakwan).

Kami mengambil kesempatan ini untuk mendedahkan kepada pengunjung tentang apa itu RA dan bagaimana seseorang dapat menceburkan dirinya dalam aktiviti ini.

Pameran telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari pengunjung yang datang pada hari tersebut.

Friday, January 30, 2009

MANUSIA TERAWAL DI LENGGONG

GEORGETOWN: Sekumpulan ahli arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM) menemui bukti baru manusia terawal di dunia wujud di Bukit Bunuh, Lenggong, Perak, 1.83 juta tahun lalu dan bukan di Jawa, Afrika dan China, 1.8 juta tahun lalu.

Bukti itu berdasarkan penemuan kapak tangan, alat repehan atau pisau dan batu teras ketika kajian bermula Ogos tahun 2000 di kawasan berkenaan, kata Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia (PPAM) USM, Prof Madya Dr Mokhtar Saidin.

Katanya, artifak itu ditemui melekat dalam batuan suevit, sejenis batu yang terbentuk disebabkan hentaman meteorit 1.8 juta tahun lalu, sekali gus membuktikan manusia sudah wujud sebelum kejadian itu.

(seterusnya..)

Monday, January 26, 2009

MAJLIS EYEBALL

Terima kasih kepada semua rakan yang telah menjayakan majlis eyeball pada malam tadi. Lebih kurang 35 orang telah hadir ke base station Pakdino di Lenggong. Peserta terdiri dari Lenggong, Gerik, K.Kangsar, Pengkalan Hulu dan Kuala Kangsar. Termasuk juga beberapa orang SWL.

Majlis telah berjalan dengan meriah sekali. Keakraban rakan ham amat terserlah. Walaupun pertama kali bertentang mata, kemesraan telah sedia terjalin. Ada yang pernah ber QSO sekian lama di udara, kini baru kesempatan bertemu di daratan.

Pelbagai topik telah dibincangkan - dari hal radio hinggalah ke hal ehwal semasa. Tetamu terakhir meninggalkan lokasi adalah pada jam 1.00 pagi. Insya Allah sesi ini akan diadakan lagi pada masa yang akan datang.




(Percubaan pertamaku menggunakan Movie maker)

Friday, January 16, 2009

JEMPUTAN SESI EYEBALL

Satu sesi eyeball akan diadakan pada hari Ahad 25/1/09 Jam 9.00 malam bertempat di pekarangan rumah 9W2SSY (PAKDINO) di Kampung Teluk Batu Lenggong. Semua yang berminat dijemput hadir termasuklah rakan-rakan SWAL.

Sila maklumkan melalui laman ini atau kepada 9w2KBD (Pak Hasan) tentang kehadiran anda untuk memudahkan membuat persiapan/tempahan makanan. Boleh juga melalui Freq Inas atau Tel/SMS 0195785490 (Pakdino).

Jumpa di sana. 73

Monday, January 12, 2009

SELAMAT KEMBALI


Kita mengucapkan selamat kembali kepada 9W2 AWO (Pak Awi / Hj Zahari) yang baru pulang daripada mengerjakan ibadah Haji di Makkah. Alhamdulillah beliau dan isteri telah sempurna mengerjakan haji dan semoga mendapat Haji yang mabrur.

Pada mulanya kita risau juga kerana semasa pemergiannya, kesihatannya tidak berapa mengizinkan. Tapi atas desakan dan nasihat, beliau bertekad untuk pergi juga dan sanggup menanggung sebarang risiko. Mungkin selepas berehat beberapa hari, kita akan mendengar semula suaranya ber QSO di jaluran.

73

Saturday, January 3, 2009

LAGI GADIS HILANG


FATIN NOREHAN:

Marilah kita-kita sama-sama membantu Pn Siti Hawa mencari anaknya Fatin Norehan bt Ahmad, 15 tahun.

Kepada sesiapa yang terjumpa gadis tersebut, sila hubungi Pn SitiHawa di talian 017-6844503.

Bersama-samalah kita berdoa agar gadis inidapat kembali ke pangkuan keluarga yang tidak tenteram semenjak kehilangannya dari rumah pada hari Rabu 17.12.08.

Terima kasih di atas bantuan rakan-rakan.


Yang benar,
Asmani Mohd Ariff
Bhg Sumber Manusia
Terasaki Electric (M) Sdn Bhd

p/s Harap dapat perpanjangkan info ini dilaman blog anda jika anda ingin membantu

(Rujukan : http://9w2hmi.blogspot.com/ )