Lenggong is a small, peaceful & quiet town in the rural area of Malaysia. Recently a small community of ham radio operators has developed around here. We are proud to be part of this community. This site is dedicated to them and more postings in dual language will be posted here. Pls click this link to know more about our town http://groups.msn.com/LenggongVacation/shoebox.msnw
SELAMAT DATANG KE BLOG RADIO AMATUR LENGGONG. WELCOME TO ALL VISITORS. FEEL FREE TO BROWSE AROUND

Tuesday, December 25, 2007

ULAR TEDUNG SELA



Lenggong 22.12.2007 : Seekor udar tedung telah dilihat menyorok di dalam sebuah beg pakaian lama. Walaupun pelbagai pihak cuba menangkap atau membunuhnya, tiada seorang pun yang berani untuk menghampiri kerana ia terkenal amat berbisa. Tambahan pula saiznya yang agak besar dan panjang lebih kurang 2 meter. Akhirnya seorang penduduk Kg Gelok telah berjaya 'memujuk' dan menangkap ular tersebut hanya dengan tangannya. Ular tersebut kemudiannya dilepaskan di suatu kawasan yang terpencil daripada kampung.

(A villager, bare handedly caught a very poisonous king cobra hiding in an unused suitcase. The snake was later released far away from the village.)

Monday, December 3, 2007

Berita

Lenggong 2.12.07 (Ahad)

i. Seorang kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun telah meninggal dunia akibat lemas di dalam Sungai Perak. Beliau dan keluarga yang tinggal di Ipoh telah balik ke kampung Pulau Cheri untuk menghadiri kenduri perkahwinan. Melihat pasir yang timbul di tengah sungai beliau dan dua rakan telah meranduk air untuk pergi ke situ. Tetapi dalam perjalanan pulang air telah mulai pasang dan mereka terharung kawasan yang dalam. Dua orang telah sempat diselamatkan oleh penduduk kampung. Jenazahnya telah selamat dikebumikan pada malam tadi. Hamlenggong mengucapkan takziah kepada keluarganya.

Terima kasih kepada semua yang telah membantu mencari mangsa terutama pihak Bomba (bersama unit scuba), PDRM dan JPA3.

ii. Pada waktu tengah hari, 9W2YR dan keluarga telah sempat singgah di Lenggong bersama keluarganya yang dalam perjalanan pulang ke base station dari kampungnya. Beliau telah disambut oleh AEW, KSS dan AMH dan sempat ber tango-tango di Restoran Ikan Bakar.

iii. Pada sebelah malam, 9W2EMI telah mengalami kerosakan kenderaannya di kawasan Air Banun. Apabila mendapat berita rakan-rakan dari Gerik (MAT/JKZ dan seorang lagi rakan) telah bergegas ke lokasi tersebut dan memberikan bantuan. Sementara itu rakan-rakan yang memantau telah mengiringi beliau melalui udara sepanjang perjalanan pulang ke Ipoh.

Suatu kesepakatan dan keakraban ahli-ahli dunia radio amatur telah dapat dibuktikan pada malam tadi. Bukan sahaja rakan lokalan (Paktam, KSS, JKZ, MAT, YZU, SSY, Angah dlln) tetapi rakan dari luar lokalan (WGC dan ZAC) juga turut mengiringi beliau. KLA juga sempat masuk ke jaluran jam 1 pagi. Pemantauan dibuat ala passing baton dari Grik - Lenggong - Kuala Kangsar. Tahniah kepada WGC yang telah memegang baton terakhir dan menjadi pemantau terakhir mengiringi EMI. (Biasanya pelumba terakhir adalah merupakan yang paling gagah dalam pasukan selain daripada yang pertama)

Suasana gamat di udara dengan acara berbalas pantun dan senda gurauan rakan-rakan. Bukan apa, untuk menghiburkan rakan kita EMI takut-takut beliau mengantuk dan memberi semangat dan keyakinan kepada beliau walaupun dalam kesulitan rakan-rakan ramai sedia memberi bantuan.

QRT 73

Sunday, November 25, 2007

BERBAGAI PERSOALAN

Apakah peralatan radio yang diperlukan?
Apakah jenis radio yang perlu saya miliki?
Apakah jenis antenna yang sesuai?
Patutkah saya buat antenna sendiri atau beli di pasaran?
Frequensi apakah yang boleh saya beroperasi?
Apakah jenis “power supply” yang harus saya gunakan?
Mengapakah saya perlukan “power supply”?
Apakah jenis kabel yang sesuai?
Perlukah saya gunakan base station atau mobile atau kedua-duanya ?
Macam mana mengelak kilat dan membuat grounding?
Bagaimana beroperasi semasa kecemasan?
Di mana boleh saya mendapat bantuan bila diperlukan?

(Lawati http://www.hamuniverse.com/setuphamstation.html )

Wednesday, November 21, 2007

BENGKEL RAE

Jangan lupa rakan-rakan SWAL... bengkel RAE akan diadakan pada hari Sabtu 24.11.2007 Jam 8.00 malam di Sek Men Teknik Gerik. Bengkel ini diadakan khusus untuk rakan-rakan yang akan menduduki RAE pada 28.11.07 nanti. Gunakan kesempatan ini untuk menyiapkan diri bagi menghadapi peperiksaan yang akan datang. Sekiranya ada apa-apa masalah yang dihadapi, fasilitator dan rakan-rakan lain akan cuba membantu.

Bengkel ini akan dibahagikan kepada dua fasa - FASA 1 dikendalikan oleh 9M2AGC yang akan fokuskan kepada bahagian teknikal. FASA11 dikendalikan oleh 9W2YZU untuk SOP dan Umum.

Semoga bengkel ini dapat membantu rakan-rakan untuk mempastikan target kita "Gagal Sifar". Semoga ruang udara Hulu Perak tidak akan sunyi dengan QSO sama ada dengan rakan lokalan mahu pun dengan rakan luar melalui 9M4KBD di Gunung Inas.

Rakan-rakan yang sudah 'bersayap' juga dijemput hadir untuk sesi 'eyeball'. Untuk info kita bersama, pada malam tersebut juga akan diadakan Inas 2Meter Net (Kali ke 3) yang akan dikendalikan oleh 9W2WGC (Pakwan dari K.Kangsar) selaku Net controller.

QRT 73

Saturday, November 10, 2007

INAS 2 METER NET

TAHNIAH - itulah yang boleh diucapkan kepada 9W2DMG kerana berjaya menjadi net controller untuk sulung kalinya bagi 9M4KBD Inas 2 meter net Mesra di Lenggong.

Terima kasih juga kepada 67 stesyen yang telah mengambil bahagian pada malam ini 10.11.2007 (Sabtu) dari jam 9.20 hingga 11.00 malam. (Stesyen terdiri dari Kulim, Pulau Pinang, Selama, Kamunting, Taiping, K.Kangsar, Ipoh, Kg Gajah, Lenggong, Gerik dan Hutan Belum - antara yang sempat di monitor). Oleh kerana ia meliputi kawasan yang agak luas dari utara, selatan, timur dan barat, jadi tidak sia-sia rakan-rakan bersusah payah mendaki Gunung Inas untuk menaikkan repeater di situ kerana hasilnya adalah amat berbaloi.

Semoga check net ini akan menjadi suatu acara yang akan diteruskan pada malam-malam minggu yang seterusnya.
QRT 73.

Every saturday at 9.00 pm we have our 2 meter net where all hams who can acess our repeater can "check in"

NIKMATILAH LAGU HAM / Ham Song

Nak nyanyi tu boleh tapi janganle sampai panjat tower antenna. Walau bagaimanapun nikmatilah lagu ini. (How nice to sing a song on top of the antenna tower - just dont fall off)


Wednesday, October 31, 2007

BURUNG TIUNG BARU

Syukur Alhamdulillah, Tok Penghulu HAM Lenggong 9W2KBD bersama rakan-rakan 9W2 MMZ, AMK, LIK, AMH serta rakan-rakan dari Gerik dan Ipoh (Termasuk seorang YL) telah berjaya mendaki Gunung Inas dan meletakkan "Burung Tiung" Lenggong - 9M4KBD (145.525 Mhz / -600 / T 85.4 ). Syabas diucapkan kepada grup tersebut kerana usaha ini bukanlah suatu yang mudah dilakukan - terpaksa mendaki selama 2 hari untuk sampai ke puncak. Jalan yang dilalui terlalu sempit dan curam. Perjalanan turun pula dilakukan pada waktu malam berpandukan bintang dan bulan - sampai di kaki bukit pada jam 12.00 tengah malam.

Segala usaha ini tidak sia-sia kerana kini suasana udara Lenggong dan Gerik sentiasa sibuk dengan QSO yang tak pernah henti-henti. Bertambahlah rakan kenalan di suatu ruanglingkup yang lebih luas. Kemesraan yang lebih luas juga terjalin. Kosain yang tak pernah ke udara kini sentiasa berkumandang dengan janji-janji untuk ber"eyeball dan roundtable" bila berjumpa kelak. Pelbagai jemputan bertukar ucap.

Setelah kajian selesai, kami akan paparkan kawasan-kawasan yang dapat dicapai burung tiung tersebut. TUNGGU. 73

Monday, October 22, 2007

SYUKUR ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah...angkasawan pertama dari Malaysia telah selamat kembali ke bumi. Ini adalah satu kebanggaan kepada Malaysia dan membuktikan kita boleh jika berusaha. Semoga kajian yang dilakukan di angkasa dapat dimanfaatkan sebaik mungkin untuk membantu manusia sejagat. Dengan ini Malaysia telah melangkah ke hadapan dalam meneroka bidang ruang angkasa dan akan menghantar lebih ramai lagi angkasawan. Bidang sains akan lebih diminati oleh generasi muda sesuai dengan perkembangan sains dan teknologi terkini yang semakin global. Kita sudah boleh berdiri bangga dengan kejayaan yang kita miliki. TAHNIAH.

Thursday, October 11, 2007

RAKAN COP




Kepada ahli-ahli kelab HAM Lenggong, seperti yang telah kita persetujui, marilah kita bersama-sama mendaftarkan diri menjadi ahli Rakan Cop. Setelah ramai yang mendaftar kita akan adakan majlis pelancaran insya Allah)
(Daripada 9W2SSY - PAKDINO RC 166801)

CARA NAK MOHON JADI AHLI:

Melalui handphone sendiri, tulis MESSAGE
RC jarak PERAK jarak DAFTAR jarak NAMA/NAMA PANGGILAN
Hantar ke 32728

Selang beberapa minit anda akan menerima message
”(RM1.00)RC: Pendaftaran diterima. Nama pengenalan ... RC ... Utk bantuan Tel:0355692840”

Monday, October 8, 2007

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1428

Kelab Ham Lenggong ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada semua pengunjung laman ini serta yang memantau. Mari lah sama-sama kita mengunjungi antara satu sama lain pada hari yang mulia ini sebagai tanda kesyukuran kerana telah berjaya menjalani ibadah Ramadan pada tahun ini. Ini suatu tanda bahawa Allah masih sayangkan kita dan kita harus bersyukur di atas segala nikmat yang telah dilimpahkanNya kepada kita.

Monday, October 1, 2007

SKYPE

Untuk makluman rakan-rakan, selain daripada radio amatur, kita boleh juga menggunakan khidmat Skype untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan dari seluruh dunia. Langkah-langkah yang perlu diambil adalah :

a. Download program Skype (Klik disini)
b. Install di komputer anda
c. Cari rakan-rakan yang juga menggunakan Skype
d. Contact mereka dan teruslah berbual
(Untuk mendengar audio dan berQSO anda perlu pasang microphone dan headphone)

Yang pentingnya anda boleh contact sesiapa sahaja di dunia ini dan berbual denganya dan semua ini adalah PERCUMA. Syaratnya dia juga menggunakan Skype. Anda boleh juga berbual dengan handphone biasa tetapi perlu membeli 'Skype Credit' . Ia amat berguna jika sesiapa ada anak yang belajar di luar negara - boleh berbual selama mana tanpa membayar satu sen pun.

Selamat mencuba dan meneroka dunia baru.

QRT 73

Thursday, September 27, 2007

GARVIN NUVI 200


Hari ini saya memiliki satu 'toy' baru - Garvin Nuvi 200 Personal Navigator. Alatnya kecil, mudah digunakan dan murah. Sepanjang hari masih mengkaji dan meniliti cara-cara menggunakannya.

"Navigate With Ease
nüvi 200 comes preloaded with City Navigator® NT map data for Malaysia and Singapore. Simply touch the color sunlight-readable screen to enter a destination, and nüvi takes you there with 2D or 3D maps and turn-by-turn voice directions. In addition, nüvi 200 accepts
custom points of interest (POIs) such as school zones and safety cameras and lets you set proximity alerts to warn you of upcoming POIs."

Diharap dengan ini akan bermulanya suatu penggembaraan ke mana-mana destinasi di Malaysia dan Singapore dengan panduan arah suara seorang perempuan Mat Salleh. Perjalanan akan menjadi lebih mudah menggunakan jalan yang paling singkat dan tak mungkin sesat. Kita hanya perlu menekan tempat permulaan dan tempat yang dituju. Segala-galanya akan ditentukan oleh satelit. Bila nak belok dan berapa jarak yang akan dilalui serta jangkamasa tiba di tempat yang dituju akan dimaklumkan kepada kita. Selain itu ada panduan tentang tempat-tempat menarik, kedai makan, tempat penginapan, stesen minyak terdekat dan lain-lain. Yang pentingnya - khidmat ini PERCUMA.

Wednesday, September 26, 2007

KERCHUNKING

Akhir-akhir ini terdapat perbuatan menekan-nekan PTT tanpa sebarang audio (kerchunking) di frekuensi Lenggong. Perlakuan ini tidak digalakkan dalam ber QSO. Jika hendak berkomunikasi, sila sebut QRZ (untuk memanggil mana-mana station yang sedang memantau); atau sebutkan callsign station yang hendak dipaging; atau sebut "contact" dan callsign pemanggil sekali supaya pendengar tahu siapa yang memanggil.

Contoh :
1. QRZ...QRZ memanggil mana-mana station di frekuensi Lenggong. Di sini 9W2 SSY base station standing by..
2. Memanggil 9W2KBD. Di sini 9W2SSY standing by
3. Contact..9W2 SSY portable Lenggong standing by/join (kalau ada orang sedang ber QSO)

Marilah sama-sama kita mengamalkan cara ber QSO mengikut etika yang telah ditetapkan dan diharap jangan memilih-memilih rakan tertentu untuk berQSO sahaja.
QRT 73

Monday, September 24, 2007

DEFINITION OF AMATEUR RADIO

Amateur radio, often called ham radio, is both a hobby and a service that uses various types of radio communications equipment to communicate with other radio amateurs for public service, recreation and self-training. A participant is called an amateur radio operator, or a ham.

Amateur radio operators have personal wireless communications with friends, family members, and even complete strangers, and often support their communities with emergency and disaster communications while increasing their personal knowledge of electronics and radio theory. An estimated six million people throughout the world are regularly involved with amateur radio.

The term "amateur" is not a reflection on the skills of the participants, which are often quite advanced; rather, "amateur" indicates that amateur radio communications are not allowed to be made for commercial or money-making purposes.

Petikan dari WIKIPEDIA

Sunday, September 23, 2007

Lenggong Makin Sibuk

Semenjak burung tiong Lenggong (145.525 -600 136.5) naik ke puncak bukit, suasana sudah berubah. Tak lagi kesunyian. Tiap hari ada saja kenalan baru (OBS, MYR, DFA, DTL dlln) yang menjengok masuk bertandang dan bertanya khabar. Penat lelah rakan-rakan memanjat bukit tempoh hari agak terubat dan terhibur akibat hasil terkini.

Begitulah dunia radio amator. Walaupun 'kontek perdana' tapi rasanya kemesraan mudah terpahat dengan segera. Terbayang wajah sebelah sana yang mesra kerana suara yang didengar semuanya mesra. Rasa senang untuk ber QSO tak kira perbezaan usia.

Hujung tahun ini ramai lagi rakan yang menduduki RAE. Kita sentiasa berdoa agar semuanya lulus dengan cemerlang. Yang penting buku dan nota hendaklah dibaca. Dan jangan lupa mengikuti kelas dan bengkel yang akan diadakan.

Selamat menjalani ibadah berpuasa, semoga mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
QRT 73

Friday, September 21, 2007

Wednesday, September 12, 2007

BURUNG TIONG LENGGONG

Tahniah dan syabas kepada rakan-rakan 9W2KBD, 9W2LIK, SWAL AMH dan rakan sekampung yang telah mendaki bukit Lenggong (difahamkan mengambil masa 4 jam untuk mendaki)untuk membaiki "burung tiong" dipuncak. Walau bagaimanapun hasilnya masih kurang memuaskan kerana beberapa masalah yang masih tidak dapat diatasi.

Kalaulah berdaya, ingin rasanya turut serta tetapi apakan daya kerana diri sudah dimakan usia. Cuma sekadar dapat membantu menjadi penguji dari bawah/base. Diharapkan rakan-rakan lokalan dapat menggunakan sepenuhnya kemudahan yang telah disediakan oleh rakan-rakan kita. Marilah sama-sama kita memeriahkan suasana radio amator di daerah kita.

Dalam misi tersebut, rakan-rakan kita telah berjumpa dengan bunga rafflesia/pakma yang dulunya kita berpendapat hanya terdapat di Malaysia Timur. Rupa-rupanya di sini pun ada.
Mungkin ini boleh menjadi tarikan pelancong datang ke lokalan kita.

LARIAN JAMBATAN RAJA NAZRIN

Monday, September 10, 2007

Malam BBQ



9W2 AEW juga telah menunjukkan kehandalannya membakar sotong dan daging. Tapi XYLnya tiada bersama pada malam tersebut. Sambil bakar sambil makan.. yang menjadi hidangan hanya tinggal separuh dari bekalan. Tapi tak apa...makanan disediakan banyak dan diakhir majlis boleh "tapau".











9W2SBD yang kebetulan berada di lokalan Lenggong pada malam tersebut telah turut hadir. Turut diadakan sesi "eyeball". Rakan-rakan dari Kuala - 9W2ZBD dan SMZ juga telah turut serta dalam sesi tersebut. Kelihatan SBD menunggu (sambil bersandar pada tiang) barbeque yang sedang diproses oleh rakan-rakan - perut dah lapar tapi depa lambat sangat.










Tu dia... bahan-bahan yang telah disediakan. Banyaknya hingga boleh menjamu hampir 100 orang. Nampaknya pengelola terpaksa diganti dengan orang lain sbb tak pandai estimate. Tapi tak apa --- ada juga rezeki untuk dibawa balik untuk ahli keluarga yang tak dapat hadir. Pesanan dari SSY - "tak mau kelihatan ada baki ditinggalkan di tapak BBQ"











9W2 KBD (Penghulu) sedang bersiap-siap untuk meletakkan bahan untuk di panggang sebagai hidangan pada malam tersebut. Bukan apa... dia nak tunjuk kepada XYL nya dia pandai masak. Tut.. tut Lepas ni
terpaksalah jadi menteri dapur.

Apapun.. terima kasih kepada semua rakan yang telah menjayakan malam BBQ tersebut, termasuk ahli keluarga yang hadir. Yang tak dapat hadir tu, rugilah tak dapat menikmati hidangan yang disediakan - Daging dan sotong bakar, Nasi Ayam special, Pudding lychee, Kacang goreng, Sup tulang, dlln. Takpe kita faham, malam tu kan Perak lawan Kedah. Ingatan untuk semua, lain kali kena tengok bila nak buat majlis, elakkan malam pasukan Perak bermain. QRT 73

Thursday, September 6, 2007

Berita Terkini

Maaf kepada semua rakan radio amator. Dah lama saya tak update blog ini. Bukan apa, terlalu sibuk sangat. Dah banyak peristiwa berlalu dan tak dilaporkan. Nasib baik ada blog 9W2YZU - tupun kesian dia. Takde pun rakan-rakan yang sudi coretkan sesuatu komen dalam lamannya. Jadi kita blogger selalu tertanya-tanya - adake orang melawat blog kita.

Pertama, kita ucapkan tahniah walaupun terlewat kepada rakan-rakan lokalan yang telah lulus dan mendapat sayap dalam RAE yang lalu. Dalam pada tu, rakan-rakan yang tak berjaya janganlah putus asa. Cuba lagi hujung tahun ini.

Kedua, rakan-rakan lokalan dan juga dari Ipoh dan K.Kangsar telah membantu menjayakan dua program besar yang dilaksanakan di Lenggong baru-baru ini. Pertama semasa Larian Jambatan Raja Muda Nazrin dan kedua semasa konvoi 50 tahun merdeka peringkat Parlimen Lenggong. Sekarang ni, orang-orang dah mula kenal dengan kewujudan persatuan radio amator di daerah ini. Semoga ramai lagi yang akan menyertai dunia radio amator ini agar ianya dapat berkembang maju.

Akhir-akhir ini, tak tahu kenapa, sejak daerah Lenggong dapat mencapai repeater PARTS di Ipoh ( 5 - 9), simplex Lenggong menjadi agak sunyi. Mungkin ramai yang memantau di situ dan ada juga yang turut ber QSO. Kot ya pun, janganlah tinggalkan rakan-rakan di lokalan dalam kesunyian. Rakan-rakan Gerik dan rakan-rakan SWAL amat merindui kalian.

Thursday, April 12, 2007

Borang RAE

Alhamdulillah pada hari ini 20 borang permohonan untuk menduduki RAE pada 6 Jun 2007 telah selamat dihantar melalui tangan kepada pihak MCMC Wilayah Utara di Pulau Pinang. Kita mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sdr Wan yang telah memandu pergi dan balik ke P.Pinang bersama Sdr Hasan, Sdr Nordin dan Pak Dino. Sempat juga kami bereyeball dengan 9W2 ZAC sambil menikmati udang mee di Changkat Jering.

Insya-Allah kita berdoa kesemua yang akan menduduki RAE nanti akan lulus dengan cemerlang dan seterusnya memeriahkan lagi frequency Lenggong, K.Kangsar, Gerik dan Pengkalan Hulu. Sementara menanti tarikh 6.6.07 jangan lupa membaca nota dan membuat latih tubi soalan-soalan contoh yang telah diedarkan. Kepada yang masih belum memilikinya, sila layari link yang terdapat dalam blogspot 9W2 YZU atau mendapatkannya daripada saya. Jangan lupa juga untuk mengikuti beberapa siri kelas bimbingan yang akan dianjurkan sebelum peperiksaan.

QRT 73

Thursday, March 29, 2007

NOTIS RAE


Kepada rakan-rakan SWAL, notis oleh MCMC berkaitan peperiksaan RAE telah pun dikeluarkan hari ini. Borang permohonan boleh dimuat turun daripada laman MCMC di www.mcmc.gov.my. Tarikh tutup permohonan adalah pada 17 April 2007 dan peperiksaan akan diadakan pada 6 Jun 2007 Jam 2.00 petang.

Ayuh, sediakan wang RM50-00 (dalam bentuk Wang Pos Malaysia atau Deraf Bank Tempatan) ditulis atas nama "SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA". Satu salinan Kad Pengenalan atau Pasport atau Kad Kuasa hendaklah juga disertakan bersama.

Di samping itu sebagai persediaan menghadapi peperiksaan tersebut, jangan lupa membaca nota
dan mengikuti kelas persediaan yang akan diadakan.

73

Friday, March 23, 2007

SELAMAT DATANG RAKAN HAM

Kelab Ham Lenggong ingin mengucapkan tahniah kepada dua orang anggota kelab iaitu Sdr Angah dan Sdr Duan yang dianugerahkan Allah dengan harmonik YL baru-baru ini. Syabas kerana menambahkan ahli keluarga dan seterusnya bakal menambah bilangan anggota kelab kita.

Kedua-kedua XYL mereka telah selamat melahirkan harmonik dan kedua-duanya adalah YL. Kita menyarankan semasa memberi nama, jangan lupa memasukkan perkataan HAM ( singkatan kepada radio amatur) di mana-mana bahagian nama mereka. Contohnya : HAMlina, sHAMsidar, sHAMsilawati, kHAMsiah, HAMisah, HAMidah dlln. (Jangan HAMradio udah....eh eh eh).

Tahniah juga kepada Sdr Joe, rakan ham di Kuala Kangsar yang juga mendapat harmonik baru. Nampaknya dah tiba musim bertambah ahli ham. Bagi saya nampaknya tak boleh turut serta dalam aktiviti ini sebab kilang dah tutup.. ha ha ha.

QRT 73 (9W2 SSY)

Sunday, March 18, 2007

Menerima Tetamu



Kami berasa bangga kerana dapat menyambut sahabat-sahabat HAM yang melalui kawasan ini. Antaranya - 9W2 PPK, 9W2KKP, 9W2YR dlln). Sekiranya "dikeloi-keloi" di Mhz 144.550 kami akan menyambut panggilan sahabat dan mengadakan sesi eyeball walaupun sebentar sambil menikmati mee kari Lenggong, pau paling murah di Malaysia atau restoren ikan bakar (tengah hari sahaja).

Sahabat juga dapat menikmati keindahan Tasik Raban sambil berehat sebentar di R & R baru berhampiran Jambatan Raja Nazrin. Jika hendak bermalam, terdapat sebuat resort berhampiran Tasik Raban atau boleh sahaja bermalam bersama-sama rakan2 HAM Lenggong yang sentiasa menanti kunjungan rakan-rakan.

Ini juga berketepatan dengan dasar dunia HAM untuk mencari kenalan baru dan mempereratkan silaturahim antara kita.

QRT ...73

Saturday, March 17, 2007

HAM BOOM



Dunia HAM menjadi boom di daerah Lenggong (144.550) dengan bertambah pesat bilangan peminat-peminat yang ingin menceburi bidang ini. Tak semena-semena ramai ingin menjadi ahli dan tak sabar-sabar hendak menduduki peperiksaan RAE pada bulan Mei ini. Terdapat berbagai lapisan masyarakat yang ingin turut serta daripada kakitangan bawahan hinggalah kepada pegawai atasan termasuklah daripada golongan pesara.

Kalau dulunya hanya terdapat 2 orang (9W2 KBD dan 9W2 AEW), peminat kini sudah dapat dikumpulkan lebih 15 orang yang bergiat aktif dalam bidang ini. Untuk membantu rakan-rakan baru, beberapa siri taklimat dan latihan telah disediakan untuk membantu SWAL menghadapi peperiksaan. 4 modul disusun : - i. Pengenalan Asas Radio Amatur ii. Topik Teknikal iii. SOP dan simulasi cara ber QSO iv. Latihtubi contoh soalan-soalan RAE. Tiada sebarang bayaran dikenakan dan kita menerima sesiapa sahaja yang berminat dalam bidang ini untuk turut serta. Target kita adalah 100% kejayaan RAE atau GAGAL SIFAR, insya-Allah.

Kita juga mendapat bantuan dan kerjasama yang sangat menggalakkan daripada rakan-rakan HAM daripada Kuala Kangsar (144.350) Kebelakangan ini suasana simplex di kedua-dua daerah ini menjadi sibuk dengan QSO membincangkan pelbagai topik untuk menambahkan ilmu pengetahuan di bidang radio ini.

Semoga dunia radio amatur tidak sahaja dinikmati oleh masyarakat bandar tetapi juga oleh penduduk luar bandar seperti Hulu Perak.

Friday, March 16, 2007

PENGENALAN KEPADA RADIO AMATUR LENGGONG

Asalamualaikum dan selamat datang ke Blogspot Kelab Ham Lenggong atau dunia Radio Amatur. Tujuan semata-mata untuk mengembangkan bidang radio amatur di kalangan masyarakat Lenggong khasnya dan daerah sekitar amnya. Bertujuan untuk mendalami bidang radio sambil mencari kenalan-kenalan baru di seluruh negara khususnya dikalangan peminat radio amatur. Di samping itu dapat membantu ahli-ahli dan rakan-rakan bagi menduduki peperiksaan Radio Amateur Examination (RAE) yang diadakan dua kali setahun sebagai syarat utama untuk mendapatkan lesen memancar.

Selalulah berkunjung ke laman ini untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan program dan aktiviti yang dirancangkan untuk ahli-ahli sama ada sesi "eye ball" atau penerangan.

QRT 73.