Lenggong is a small, peaceful & quiet town in the rural area of Malaysia. Recently a small community of ham radio operators has developed around here. We are proud to be part of this community. This site is dedicated to them and more postings in dual language will be posted here. Pls click this link to know more about our town http://groups.msn.com/LenggongVacation/shoebox.msnw
SELAMAT DATANG KE BLOG RADIO AMATUR LENGGONG. WELCOME TO ALL VISITORS. FEEL FREE TO BROWSE AROUND

Saturday, March 17, 2007

HAM BOOM



Dunia HAM menjadi boom di daerah Lenggong (144.550) dengan bertambah pesat bilangan peminat-peminat yang ingin menceburi bidang ini. Tak semena-semena ramai ingin menjadi ahli dan tak sabar-sabar hendak menduduki peperiksaan RAE pada bulan Mei ini. Terdapat berbagai lapisan masyarakat yang ingin turut serta daripada kakitangan bawahan hinggalah kepada pegawai atasan termasuklah daripada golongan pesara.

Kalau dulunya hanya terdapat 2 orang (9W2 KBD dan 9W2 AEW), peminat kini sudah dapat dikumpulkan lebih 15 orang yang bergiat aktif dalam bidang ini. Untuk membantu rakan-rakan baru, beberapa siri taklimat dan latihan telah disediakan untuk membantu SWAL menghadapi peperiksaan. 4 modul disusun : - i. Pengenalan Asas Radio Amatur ii. Topik Teknikal iii. SOP dan simulasi cara ber QSO iv. Latihtubi contoh soalan-soalan RAE. Tiada sebarang bayaran dikenakan dan kita menerima sesiapa sahaja yang berminat dalam bidang ini untuk turut serta. Target kita adalah 100% kejayaan RAE atau GAGAL SIFAR, insya-Allah.

Kita juga mendapat bantuan dan kerjasama yang sangat menggalakkan daripada rakan-rakan HAM daripada Kuala Kangsar (144.350) Kebelakangan ini suasana simplex di kedua-dua daerah ini menjadi sibuk dengan QSO membincangkan pelbagai topik untuk menambahkan ilmu pengetahuan di bidang radio ini.

Semoga dunia radio amatur tidak sahaja dinikmati oleh masyarakat bandar tetapi juga oleh penduduk luar bandar seperti Hulu Perak.

2 comments:

yongzu @ 9W2YZU said...

Tahniah kepada 9W2SSY yang berusaha membangunkan laman blogspot mengenai Kelab Ham Lenggong juga mengendalikan Kelas RAE buat rakan-rakan SWL di Lenggong dan K. Kangsar.

Penghargaan juga tidak dilupakan buat rakan-rakan Ham Lenggong terutamanya 9W2KBD dan 9W2AEW yang memulakan segala-galanya serta rakan-rakan lain yang sentiasa memberikan bantuan dan kerjasama bagi memastikan hobi ini memberi manfaat buat semua.

Semoga usaha yang telah dibuat dirahmati Allah swt. sentiasa.

Anonymous said...

Salam sejahtera kepada kelab ham lenggong terutama nya kepada pengurusan yang telah berusaha mengadakan bengkel RAE d smt Grik sebanyak dua kali,dan telah membuahkan hasil, ramai rakan rakan d lenggong dan Grik berjaya lulus dalam peperiksaan RAE 2008-1 yang lalu, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga ,QTR 73.