Lenggong is a small, peaceful & quiet town in the rural area of Malaysia. Recently a small community of ham radio operators has developed around here. We are proud to be part of this community. This site is dedicated to them and more postings in dual language will be posted here. Pls click this link to know more about our town http://groups.msn.com/LenggongVacation/shoebox.msnw
SELAMAT DATANG KE BLOG RADIO AMATUR LENGGONG. WELCOME TO ALL VISITORS. FEEL FREE TO BROWSE AROUND

Tuesday, December 30, 2008

GANGGUAN TALIAN INTERNET

Anda mengalami "slow browsing"? Jangan betulkan komputer anda. Terdapat kerosakan kabel yang menyambungkan Malaysia dengan Eropah. Usaha sedang dijalankan untuk mengatasi masalah ini. Mungkin gangguan akan diatasi pada 31.12.08. (Sila klik disini untuk membaca seterusnya)

Friday, December 26, 2008

AL FATIHAH

Dengan sedihnya dimaklumkan bahawa Allahyarham Tn Hj Razali, ayahanda kepada 9W2FDL telah kembali ke rahmatullah pada hari Khamis 25 Dis jam 1.00 ptg di hospital Ipoh. Jenazahnya telah selamat disemadikan pada petang hari yang sama. Allahyarham adalah juga besan kepada 9W2SSY.

Sama-sama kita berdoa semoga roh allahyarham dicucuri rahmat serta diletakkan disamping orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Alfatihah.

Thursday, December 25, 2008

MISSING PERSON

Petikan dari Blogspot Vee 99

Gadis Hilang - Rabiatul Adawiyah

Assalamualaikum.. .

Saya memohon jasa baik anda semua, sekiranya terjumpa atau terserempak dengan beliau yang bernama Rabiatul Adawiyah Bt Ngah, sila hubungi En. Ngah atau Puan Maz nah di talian 019-7186618(hp) 07-8955761(h)atau e-mailkan ke hazlan_ngah@yahoo.com secepat yang mungkin. Anda juga boleh menghubungi balai polis yang berdekatan dengan tempat anda.Beliau hilang pada 16 Dis 2008 yang lalu.

Beliau dilihat kali terakhir memakai t-shirt berwarna hitam dan berseluar jeans berwarna biru tudung putih. Pelbagai usaha telah dijalankan namun belum berhasil.

.Sekian, terima kasih.

Hazlan Bin Ngah

07-55556562(office)


p/s Tolong panjang-panjangkan perkara ini kepada semua kenalan anda/laman blog anda

Monday, December 22, 2008

FREQ INAS YANG BARU

Tahniah kita ucapkan kepada Tok Penghulu 9W2KBD bersama MMZ, MIZ, AMK dan rakan-rakan yang telah berjaya membaikpulih repeater di puncak Inas. Pada ketika ini mereka sedang menuruni bukit setelah selesai misi "KUTAGIH SINAR DAN HARAPAN".

Untuk info freq baru adalah 146.725 / - 600 / 85.4

Dipersilakan rakan-rakan RA kalau dapat untuk memancar ke Inas bagi kita membuat pengujian.
Info seterus berkaitan misi akan dipublishkan kemudian.

Wednesday, December 3, 2008

MARI KITA ASAH PARANG

ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! Berita penting. Harap sebarkan. Jamgan panik.

Kepada semua orang Melayu Islam, siap sedia untuk asah parang, kapak dan pisau sebab pada 8 haribulan Disember kita akan sembelih lembu.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA..............

Friday, November 21, 2008

CARA TERKINI MENCURI KERETA

Berikut adalah email yang saya terima.

"Sedarlah semua! Tolong sebar2kan..... Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda. Perasan tak kaum hawa?


Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!


BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini. Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain."


Semoga menjadi panduan berguna terutama kepada kaum hawa.

73

Thursday, November 6, 2008

Kepada rakan Ham lokalan, di bawah ini saya paparkan maklumat yang disampaikan oleh 9w2 yon berkaitan laman web khusus untuk mengumpulkan rakan-rakan RA di Malaysia.

aYon :

"Pada rakan-rakan. Satu laman web, http://www.mycallsign.my telah diwujudkan oleh seorang rakan ham untuk dijadikan sumber rujukan oleh semua ham di Malaysia. Anda digalakkan untuk mendaftar di laman tersebut sebagai tanda sokongan anda pada komuniti radio amatur di Malaysia. Pendaftaran adalah percuma, tiada sebarang bayaran dikenakan. Terima kasih."

Diharap rakan-rakan dapat memberikan respons yang positif di atas saranan ini.

QRT 73.


Wednesday, October 22, 2008

GAMBAR MAJLIS EYEBALL RAYA

Rakan-rakan sedang menikmati jamuan hari raya di SM Teknik Gerik. Malangnya saya tak dapat hadir sama kerana sesuatu hal yang tak dapat dielakkan. Tahniah kepada penganjur kerana berjaya menemukan rakan-rakan ham loklan dan dari luar.

Thursday, October 9, 2008

EYEBALL HARI RAYA HAM LENGGONG

Berita daripada 9W2JKZ dalam ruangan E QSO:

"9W2JKZ
: Berita yang baru diterima, MIZ dah berunding dng KBD majlis eyeball AF dicadangkan pada 18/10/08 (Sabtu mlm) bertempat di Kantin SM Teknik Gerik. Rakan2 Ham Lenggong,Gerik, Pgln Hulu dan Baling d jemput hadir.Sebarang perubahan waktu dll akan di info kemudian.QRT 73. tk."

Dengan ini bagi pihak penganjur, saya menjemput rakan-rakan Ham dari Lenggong , Gerik, Pengkalan Hulu, Baling dan lain-lain untuk turut hadir sama dalam majlis tersebut. Semoga dengan kehadiran rakan-rakan, majlis itu akan bertambah meriah. Semoga akan mempereratkan lagi tali silaturahim antara kita. Jumpa di sana..di sana..di sana..
73

Friday, October 3, 2008

HARI RAYA

Kepada mana-mana agama dan bangsa, hari raya atau lebaran adalah suatu hari yang amat bermakna. Pada hari tersebut mereka saling kunjung mengunjungi. Berbagai kuih muih dijadikan sebagai juadah sajian. Pakaian baru diperagakan.

Ada hari perayaan yang kaitkan dengan agama. Ada juga dengan budaya. Kunjung mengunjungi di antara berbagai bangsa dapat mempereratkan lagi perpaduan dan mewujudkan harmoni. Terutama di negara yang penduduknya terdiri dari pelbagai bangsa. Terkini budaya 'rumah terbuka' menjadi kian popular.

Bagi umat Islam, sebulan kita berpuasa. Majlis hari raya juga berlanjutan sehingga sebulan. Kelazimannya apa yang kita kurangkan dalam bulan puasa, kini kita top up balik dalam bulan syawal. Akhirnya kita tiba ke tahap pi mai pi mai tang tu. Atau mungkin lebih dari yang dulu.

Bagi dunia radio amatur, hari raya adalah hari yang paling sibuk bagi repeater. Callsign yang tak pernah di dengar di lokalan kini kedengaran. Rakan-rakan lokalan sentiasa menyahut panggilan daripada rakan-rakan yang pulang ke kampung atau dalam perjalanan pulang ke kampung untuk berhari raya. Yang membanggakan, suasana QSO berjalan dalam suasana yang amat harmoni. Kemesraan yang diwujudkan seolah-olah telah lama berkenalan. Singgah sebentar untuk bersalam-salaman menjadi perkara lumrah. Sesi eyeball mengejut juga diadakan.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan lokalan dan luar, yang sempat singgah di rumah saya. Selain daripada cerita diri masing-masing, topik perbualan berkisar juga kepada topik radio amatur - dengan pengalaman masing-masing yang kadangkalanya lucu dan menarik. Terima kasih juga kepada pengunjung-pengunjung laman web ini yang telah mencatatkan ucapan selamat dalam ruangan E QSO.

SELAMAT HARI RAYA - MAAF ZAHIR BATIN.
*Lihat gambar di sebelah
9W2 SSY

Tuesday, September 30, 2008

GREETINGS

In conjunction with the festive day of Ramadan, that mark the end of the fasting month, I would like to thank all visitors to this humble site of mine. Especially to visitors other than from Malaysia.

Sorry that most of my posts are mainly in Bahasa Melayu (my national language), and only some in English. This is mainly because most of the visitors (94%) are from Malaysia and the rest is from other parts of the world - US, Canada, S'pore, Indonesia, Belgium, France, Germany, etc.

I hope visitors from other countries could jot down some remarks in the 'E QSO' column to show your presence. Could you please display your website url so I can put a link to your site. This will enable us to communicate and change ideas so that we can make this world a better place to live in. Though we are divided by geographical factors, race, colour and religion - we are still one - HUMAN BEINGS.

QRT 73 and 88. Peace to the world.

Saturday, September 27, 2008

SELAMAT HARI RAYA


Warga Ham Lenggong mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
1429H/2008M

MAAF - ZAHIR - BATIN


RIBUT

Ribut kuat telah melanda Lenggong pada hari Jumaat 26.9.08 jam 4.00 petang. Beberapa pokok telah tumbang. Bumbung rumah juga diterbangkan angin. Inilah kejadian paling dahsyat pernah saya alami semenjak tinggal di Lenggong selama 46 tahun.












Antenna 9W2SSY juga tidak terlepas. Setelah puas 'menunjuk langit' kini dia 'menunjuk bumi' pulak.
Alhamdilillah, tidak ada kemalangan jiwa berlaku. Sama-sama kita berdoa agar kejadian ini tidak berulang.

Friday, September 26, 2008

REPEATER PENGKALAN HULU

Rakan-rakan di Pengkalan Hulu telah pun memasang repeater baru di sana. Menggunakan frekuensi 145.715 + 200 Tone 85.4

Marilah kita sama-sama mencubanya.
TQ

Monday, September 22, 2008

RENUNGAN AJE


Dalam dunia Radio Amatur, adakah perkara sebegini berlaku?

73

Tuesday, September 9, 2008

RAMADAN & HUJAN

Alhamdulillah.. kini telah 8 hari kita berpuasa. Namun setiap hari daerah Lenggong dilanda hujan, sama ada sebelah pagi, petang, malam dan subuh. Hujan turun cara tidak menentu - mungkin ini rahmat daripada Allah untuk "menyejukkan" umat Islam yang berpuasa. Tetapi mungkin pula menimbulkan masalah kepada para penoreh getah yang tidak dapat menambah mata pencarian mereka. Sekiranya mereka menabung semasa musim panas dulu, mungkin tidak terdapat sebarang masalah.

Bagi peminat Ham, bateri yang memberi kuasa kepada pancarulang di Inas tidak dapat dicaskan dengan sepenuhnya akibat kurangnya sinaran matahari. Ini telah menimbulkan masalah intuk ber QSO. Kekadang terdapat bunyi macam keretapi sedang lalu. Suasana senyap dan sunyi sering melanda Inas. Namun begitu kita ucapkan tahniah kepada rakan-rakan yang telah lulus dalam RAE yang lalu. Cepatlah berdaftar dengan MCMC untuk mendapatkan callsign yang diimpikan. Bila dah dapat, sama-samalah kita riuhkan Inas kembali.
73.

Monday, August 11, 2008

TOK PENGHULU JATUH KATIL

Terkejut juga saya mendengar berita Tok Penghulu Inas "jatuh katil" dan patah tangan seperti dinyatakan ARO dlm QSO nya sebentar tadi. . Tetapi setelah dijelaskan sendiri oleh KBD, rupa-rupanya pada hari Ahad lepas, ketika memanjat kerusi untuk membaiki lampu, dia terjatuh dan tangan kirinya patah akibat tertindih oleh badannya sendiri. Beliau telahpun mendapat rawatan dan sedang beransur pulih. Sama-samalah kita berdoa supaya beliau cepat sembuh.

Wednesday, July 9, 2008

DUNIA RADIO AMATUR

Dalam menceburi dunia RA, satu keunikannya adalah, ada kalanya sesuatu contact itu telah ber QSO untuk sekian lama – tetapi yang dikenali hanyalah callsign dan suara sahaja. Perkenalan berlaku hanya di alam maya dan tidak secara berdepan.

Kekadang terlintas juga di kepala kita bagaimanakah bentuk wajah rakan tersebut. Sukar bagi seseorang untuk membayangkan wajah rakan hanya melalui kemesraan intonasi QSO dan suara yang didengar. Setelah dapat menatap wajah sebenar rakan-rakan melalui website atau sesi eyeball, nyata gambaran yang kita bayangkan adalah amat menyimpang sekali dari yang realiti. Yang kita sangkakan gemuk tetapi nyata kurus, yang disangka hitam ternyata handsome, yang disangka muda ternyata tua dlln kemungkinan.

Jelas bahawa persepsi adalah sesuatu yang abstrak dan tidak boleh dijadikan sesuatu bahan yang konkrit.

Tetapi yang utamanya, rakan ada di merata-rata. Apabila lalu di sesuatu lokasi, petikan ptt dapat menhubungkan diri kita dengan rakan yang mungkin baru hari itu dikenali. Dan yang uniknya, rasa mesra terjalin secara automatic. Rig atau handy menjadi penghubung utama atau alat mengeratkan hubungan silaturrahim. Terasa ada sesuatu yang common antara contact – lantas timbul keinginan untuk ber eyeball walaupun sekejap. Dan bila berjumpa terasa telah berkenalan begitu lama.

Begitulah hebatnya dunia Radio Amatur.

Tuesday, June 24, 2008

SELAMAT BERJAYA

Kepada semua rakan SWAL yang akan menduduki RAE pada hari ini, kami ucapkan selamat berjaya, semoga dilapangkan fikiran untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dan mendapat markah terbaik. Seterusnya membolehkan memiliki "sayap" untuk terbang ke ruang yang lebih tinggi.

Kata orang : "Peperiksaan RAE bukanlah suatu yang susah sangat - jawapannya memang telah disediakan, cuma sekadar memilih jawapan yang betul daripada 4 pilihan jawapan yang diberi. Itu aje".

Kata orang lain pula: "LULUS peperiksaan bukanlah menunjukkan seseorang itu pandai - dia ditanya soalan yang dia tahu. GAGAL pula bukan bermakna orang itu bodoh- dia tidak ditanya soalan yang dia tahu, macam mana dia nak jawab?"

SELAMAT BERJAYA DENGAN CEMERLANG. 88

Tuesday, June 3, 2008

KELAS RAE

Kelas RAE anjuran Hamlenggong akan diadakan pada hari Sabtu 14.6.08 (Aspek Teknikal) mulai jam 8 malam. Satu lagi akan diadakan pada hari Sabtu 20.6.08 (SOP & Teknikal) mulai 3.00 petang hingga ke malam. Kedua-dua kelas ini akan diadakan di Sek Men Teknik Gerik.

Semua peserta dikenakan bayaran sebanyak RM20-00 (untuk makan dan minuman).

Kepada yang berminat untuk menyertainya bolehlah menghubungi 9W2KSS (019-4774138) atau 9W2KBD (013-5816943)

Monday, May 19, 2008

INAS DIPANAH PETIR

Panahan petir punca Inas tidak berfungsi. tetapi Alhamdulillah hasil usaha 9W2KBD, MMZ, LIK dan LES, Inas kini telah dipulihkan kembali. Mulai kelmarin, Inas telah kembali aktif. Harap rakan-rakan RA dapat menggunakan Inas sebaik mungkin, terutama yang melalui lebuhraya Timur-Barat. Komunikasi di kawasan tersebut cuma boleh dicapai menggunakan RA kerana kebanyakan tempat tidak diliputi oleh telefon biasa.

Kita mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tok Penghulu Inas dan geng yang tak jemu-jemu naik turun Inas apabila berlaku kerosakan. Bayangkan, 2 hari mendaki dan 1 hari untuk turun. Takpa, sambil berbakti badan turut sihat kerana orang-orang yang dah "lama" macam saya ini sudah tentu tidak berupaya menolong secara fizikal.

Hanya Allah sahajalah yang dapat membalas bakti sdr2.

QRT 73

Sunday, May 4, 2008

MESY ASTRA NEGERI PERAK

(Makluman daripada 9M2NNL) :

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat ASTRA Perak akan diadakan pada 10.5.2008 (Sabtu) Jam 9 malam bertempat di Kompleks Rakan Muda Kamunting. Semua ahli Astra dan peminat-peminat Radio Amatur khususnya dari negeri Perak adalah dijemput hadir. TQ 73

Tuesday, April 29, 2008

INAS DOWN

Dukacita dimaklumkan bahawa repeater Inas ketika ini tidak berfungsi. Kebelakangan ini ribut petir kerap melanda kawasan ini. Mungkin ini menjadi punca kerosakan.

Masalah utama adalah untuk melakukan baik pulih merupakan suatu faktor yang sangat merumitkan. Untuk naik ke puncak Inas kita perlu mendaki (berjalan kaki) selama 2 hari. Di puncak Inas pula tiada bekalan air dan suasananya amat sejuk. Perjalanan turun pula mengambil masa 1 hari. Lorong yang dilalui pula adalah denai gajah liar dan babi hutan. Tidak ada jalan mudah yang boleh dilalui.

Sementara waktu ini kita perlulah bersabar hingga team baikpulih berkesempatan untuk mendaki ke puncak. Sementara ini sila gunakan simplex Lenggong (144.550). 73

Sunday, April 27, 2008

Petikan dari "E-Qso":

"9W2HMI: Minta sekali lagi jasa baik rakan2 yang menggunakan INAS di IPOH tidak transmit high power krn ini akan mengganggu simplex kami disini. Harap admin boleh war-warkan di body text.."

Mesej di atas jelas menerangkan maksudnya. Diharap rakan-rakan yang memancar ke Inas dari Ipoh dapat memberikan kerjasama agar gangguan di simplex Ipoh dapat dielakkan. Harap semangat persaudaraan dalam dunia radio amatur ini dapat dipupuk supaya silaturahim antara kita dapat dipereratkan lagi. Kerjasama semua pihak adalah amat dihargai. Terima kasih daripada Admin. 73

Friday, April 25, 2008

HAM SHACK & ANTENA

Apabila dilihat kepada "shack" atau base station serta antena yang digunakan oleh rakan-rakan radio amatur yang maju, terasa begitu kecilnya saya. Di base saya hanya memiliki sebuah radio di samping komputer sahaja. Tetapi jika dilihat kepada gambar-gambar shack dan pelbagai jenis antena di bawah saya rasa masih ketinggalan. Pengetahuan tentang penggunaan alatan canggih masih belum dikuasai. Insya Allah saya akan cuba mendalami ilmu RA ini.

Tuesday, April 8, 2008

NOTIS RAE JUN 2008


Notis RAE telah pun dikeluarkan. Diharap rakan-rakan SWAL akan mengambil kesempatan ini untuk menduduki peperiksaan ini bagi membolehkan mereka memiliki sayap agar dapat terbang dengan lebih tinggi lagi. Tarikh tutup pada 25 April dan peperiksaan akan diadakan pada 24 Jun 2008.

Klik di sini untuk keterangan lanjut.

Bagi yang pernah gagal, jangan putus asa. Rakan-rakan lokalan akan menganjurkan kelas bimbingan untuk membantu anda. Mungkin tahun ini rezeki anda cerah dan akan berjaya dengan cemerlang. Teruskan usaha hingga berjaya.

Friday, March 28, 2008

SELAMAT MESYUARAT AGONG ASTRA

Kami warga Inas ingin mengucapkan selamat bersidang kepada semua warga ASTRA yang akan bermesyuarat pada esok hari. Termasuk juga sesi eyeball yang akan diadakan malam ini. Semoga segala perbincangan dan persetujuan yang akan dicapai nanti akan memberikan manfaat untuk dunia RA. Semoga bertambah lagi ahli-ahli RA yang akan menyertai ASTRA. 73.

Thursday, March 20, 2008

INAS KEMBALI PULIH

Alhamdulillah. Penat lelah rakan-rakan mendaki Inas beberapa kali kini agak berbaloi. Freq Inas kini telah kembali pulih. Setiap hari berkumandang QSO antara peminat-peminat radio amatur. Suasana telah menjadi meriah. Difahamkan liputan telah sampai hingga ke Kuala Kerai di Kelantan dengan penerimaan 5-9. Maka bertambahlah lagi keluarga RA dan semangat kekeluargaan ini diharap dapat dikembangkan lagi.

Harapan kami kepada pengunjung laman ini, sekiranya ada sesuatu yang hendak disuarakan, buatlah secara berhemah. Kami baru sahaja nak bernafas dan masih serba kekurangan.
Sebagai pengamal RA yang berpengalaman, sila beri pandangan yang dapat membantu kami memperbaiki segala kelemahan. Tolong jangan patahkan semangat kami. Berilah kritikan yang membina. Elakkan kata-kata kesat dan caci mencaci. Ini bukan budaya kita. Dan ini juga bukan etika yang diamalkan dalam dunia RA.

73

Saturday, March 15, 2008

REPEATER INAS

Lenggong Sabtu 15.3.08 - Ketika ini, 9W2MMZ bersama 20 rakan belia sedang mendaki Gunung Inas dalam satu ekspedisi yang diberi nama BIARKAN BERLALU INAS 2008.

Semasa di puncak nanti, beliau akan membuat pembetulan ke atas repeater. Semoga dengan ini segala masalah yang dihadapi akan dapat diatasi. Semoga repeater Inas dapat digunakan tanpa gangguan lagi untuk manfaat semua pencinta radio amatur terutama semasa melalui laluan yang diliputi oleh Inas. Sama-samalah kita berdoa agar usaha ini berjaya. Mulai esok pagi, freq yang akan digunakan adalah 145.600 / -600 /T 85.4

Kita ucapkan ribuan terima kasih kepada 9W2MMZ, SWAL Joe dan geng yang sedang berada di puncak. Semoga Allah membalas jasa sdr semua.

Sunday, February 3, 2008

MISI MENCARI SINAR

Nampaknya OPS SINAR masih gagal membaiki repeater Inas. Bunyi nyaring yang menyertai QSO tetap kedengaran - malahan lebih kuat dari dulu. Kasihan rakan-rakan yang tak jemu2 mencuba. Difahamkan masalah ini mungkin berpunca dari repeater luar negara yag berdekatan atau masalah lain. Apa pun kita berharap masalah ini dapat diselesaikan dengan cara berhemah berasaskan semangat RA yang kita ceburi. Kita akan cuba lagi hingga berjaya demi kebaikan kita bersama juga Insya-Allah.

LENGGONG Ahad 3.2.08 :
Ketika ini, sdr 9W2MMZ dan AMK sedang mendaki Gunung Inas bersama 30 orang pelajar UUM. Difahamkan, terdapat 12 orang YL juga turut serta.Pendakian dimulakan daripada Selama pada hari Sabtu - 2 malam mereka 'bercamping' dijalanan dan dijangka sampai ke puncak Inas pada hari esok Isnin 4.2.08. Ekspedidi ini akan turun di Lata Ulu Lawin pada hari Selasa.

Kami mendoakan ekspedisi 'Mencari Sinar' akan berjaya dan selamat kembali ke base masing-masing tanpa menghadapi sebarang masalah/halangan. Rakan-rakan Ham Lenggong memantau sepanjang masa di jaluran dan akan menyediakan 'back-up' jika diperlukan.

Thursday, January 31, 2008

KEPUTUSAN RAE

Keputusan RAE telahpun dikeluarkan. sila semak di laman MCMC. Kepada yang berjaya kami ucapkan tahniah dan bolehlah mula merancang callsign yang akan dipohon. Bagi yang gagal, kami harap jangan putus asa - cuba lagi pada tahun ini. Insya Allah rezeki tu akan datang jua akhirnya. Jadikan kegagalan itu sebagai batu loncatan untuk melonjak ke suatu kedudukan yang lebih tinggi pada masa akan datang. Pengalaman saya sendiri menduduki peperiksaan SPM (2 kali) dan STPM (5 kali) baru tercapai kejayaan. Tahun ini mari kita bersama-sama perkemaskan lagi diri kita dengan persediaan dan latihan yang lebih rapi lagi.

Tuesday, January 29, 2008

HOUSE ON FIRE

Lenggong : Selasa 29.1.2008 : Suatu kebakaran telah berlaku melibatkan beberapa buah rumah berhampiran Masjid Jamek Lenggong. pagi tadi. Pihak Bomba yang telah dipanggil berjaya memadamkan api yang telah memusnahkan dua buah rumah papan dan dapat menyelamatkan beberapa buah rumah berhampiran. Punca kejadian tidak diketahui tetapi disyaki berlaku akibat litar pintas talian elektrik. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa berlaku. Walau bagaimanapun, penghuni rumah dikatakan tinggal sehelai sepinggang. Usaha membantu mangsa telah dibuat oleh masyarakat setempat. Ahli Yang Berhormat Kota Tampan dan Kenering telah melawat ke tempat kejadian setelah dimaklumkan.

Sunday, January 20, 2008

MISI MENCARI PELANGI

Pada petang hari Ahad 20.1.08 rakan-rakan terdiri daripada 9W2 KBD, MMZ, AMK dan Mizi telah selamat pulang dari mendaki Inas. Kita mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka kerana misi yang dijalankan bukanlah suatu yang mudah - 2 hari untuk mendaki berjalan kaki ke puncak dan 1 hari untuk turun. Seperti kata AMK "Misi Mencari Pelangi" telah berjaya. Diharap selepas ini tidak lagi timbul lagi masalah penggunaan repeater Inas. Frekuensi yang ditetapkan adalah 145.600 - 650 dan tone 85.4. QRT 73

Thursday, January 10, 2008

PERKHEMAHAN BERSAMA KELUARGA

Khamis 10.1.2008 : Satu sesi "eyeball" telah diadakan pada malam tadi untuk membincangkan beberapa perkara untuk kemajuan Kelab Hamlenggong. Antara persetujuan yang telah dicapai adalah seperti berikut:

1. Mendaftarkan Kelab Hamlenggong secara rasmi bagi melicinkan pengurusan.

2. Program Hari Keluarga Hamlenggong akan diadakan pada 9 dan 10 Februari 2008 bertempat di Tapak Perkelahan Lawin. Sesiapa yang berminat untuk turut serta boleh menghubungi 9W2 YZU untuk keterangan lanjut. Rakan-rakan radio amatur daripada lokalan lain yang berminat juga dijemput turut serta. Bayaran RM 10 dikenakan kepada peserta yang berumur 12 tahun ke atas. Kanak-kanak bawah 12 tahun adalah percuma.
Alatan perkhemahan hendaklah dibawa sendiri termasuk pinggan mangkuk dan cawan. Peralatan memasak dan kemudahan asas lain akan disediakan oleh penganjur. Aktiviti pengisian semasa perkhemahan akan dimaklumkan kemudian.

3. Menganjurkan pertandingan Bowling persahabatan di Ipoh. Tarikhnya belum ditetapkan. Rakan-rakan yang berminat eloklah mula berlatih dari sekarang.

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1429

Kelab Hamlenggong mengucapkan selamat menyambut tahun baru Hijrah 1429. Semoga tahun ini akan lebih membawa keberkatan kepada kita semua. Azam baru, tekad baru menjadi pegangan dan amalan harian. Insya-Allah.
Kelab Hamlenggong wishes a Happy Muslim New Year 1429 to all Muslim visitors to this website. May this new year brings us more blessing from Allah SWT. 73